Friday, March 13, 2020

Hari 002 (17/10/2018) - Pembedahan Ummi di Hospital Sg Buloh

Jam 1:20 pagi (17hb Okt 2018)....
Result CT Scan dah ada..
Doktor tunjukkan gambar CT Scan dan maklumkan Pendarahan agak serius...tapi Tidak sampai ke Brain Stem (Pangkal Otak)....
Keputusan perlu di buat secepat mungkin....
Option 1 : Biarkan sahaja begitu......Kemungkinan pendarahan akan merebak ke tempat2 lain dlm otak.
Option 2 : Pembedahan di kepala...stop the bleeding dan vacum darah yang ada ditempat pendarahan.
Risiko Pembedahan : Komplikasi semasa pembedahan @ Komplikasi selepas pembedahan.

Semua anak2 sudah tiba...except Ateh dan Along...
Semua anak2 berkumpul untuk berbincang....Ateh dan Along dihubungi melalui video Call.
Abah maklumkan tentang status Ummi serta option dan risiko yang akan dihadapi.
Abah minta semuanya buat solat Istikharah dan akan berbincang lagi selepas solat Istikharah nanti.
Semuanya ke bilik Solat di tingkat bawah..

Selepas solat istikharah, sekali lagi kami anak beranak berkumpul dan berbincang..
Sebulat suara bersetuju untuk Ummi dibedah..
Walau apa terjadi....kami semua akan MENJAGA UMMI...walau apapun keadaannya..

UNGKAPAN MENYENTUH HATI
....Jika Ummi tak kenal kita nanti...tak apa....kita semua masih kenal UMMI...

Abah maklumkan kepada Doktor bertugas untuk jadualkan pembedahan Ummi secepat mungkin...
Mereka akan maklumkan Hospital Sg Buloh (HSB) dan kemungkinan pembedahan dibuat esok hari...
Kami diminta untuk stand-by sahaja bila-bila masa.

Jam dah 5:30 pagi....
Pak Sham dan Fuad pun ada sekali..
Solat Subuh bersama anak2 dan menunggu keputusan untuk ke HSB.

Jam 9:00 am...Katil ummi ditolak menaiki Ambulan untuk ke HSB.
Abah naik sekali bersama Ummi...
Anak2 dan semua keluarga masing masing bertolak ke HSB.



Jam 10:30am 17/10/2018
Abah dan Azwani di brief oleh Surgeon tentang prosedur yang akan dilakukan...
Tengkorak kepala Ummi akan dibuka 1/3...pendarahan akan dibersihkan atau vacum... urat yang pecah akan dijahit atau diikat...dan InsyaAllah..prosedur memakan masa dalam 3-4 jam..
Risiko yang mungkin ada :
1) Komplikasi Jantung semasa pembedahan.
2) Komplikasi pendarahan lain semasa pembedahan.
3) komplikasi Jangkitan kuman semasa pembedahan

MOHON SEMUANYA DIJAUHKAN ALLAH...AAMIIN

Abah di minta menunggu di ruang menunggu...

Ahli keluarga dan sahabat2 sudah ramai yang datang....
Bonda, Abg Man, YB Ustaz Saiful, Mak Jah Damansara

Betapa tidak keruan hati ini...
KepadaMu Ya Allah...aku serahkan isteriku tercinta..
DitanganMu lah segala-galanya..
Permudahkan lah  segalanya..
Kembalikan kesihatan kepadanya..
Aku redha dan terima seadanya...
Aku Sayang Dia...Ya Allah....

Doa dari ahli keluarga semua....



Lebih kurang jam 3:30pm...Abah dipanggil oleh Surgeon...
Pembedahan sudah selesai...agak lama sikit kerana Doktor melakukan prosedur tambahan...
Nanah resdung agak banyak sedikit di bahagian dahi Ummi dan proses bersihkan nanah juga dilakukan....

Alhamdulillah....Doktor maklumkan pembedahan berjaya...Tiada komplikasi...
Cuma disebabkan oleh nanah resdung, doktor terpaksa menambahkn ubat antibiotik..
Team Operasi sedang melakukan pembersihan dan closing (jahitan semula) dan diminta bersedia untuk dibawa Ummi semula ke HSA...
ICU HSB penuh...terpaksa hantar semula ke ICU HSA..

ALHAMDULILLAH....YA ALLAH....SYUKUR KPD MU...YA ALLAH..



Jam 6:00pm...Ummi sampai di HSA dan ditempatkan kat ICU Tingkat 5..
Lawatan belum dibenarkan...

Abah dan anak2 tunggu dibilik waris di luar bilik ICU..


Malam ini....abah dan Alang tunggu di bilik waris kat ICU...tidur di hospital...
Anak2 lain tidur dan rehat di rumah Fuad..





Alhamdulillah....malam ini dibuat solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau Ittifaqiyyah, di Surau Mustaqim, di rumah Jalan Pawang dan semua ahli keluarga...

Sahabat-sahabat termasuk dalam HPA, Ustaz-Ustaz, tahfiz di maklumkan untuk melakukan yang sama....INSYAALLAH...

“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan dari segala manusia di muka bumi, berikanlah kesembuhan kepada Kak Teh Fauziah bt Musa , angkatlah penyakit dia, dan jadikanlah penyakit yang dia deritai sebagai pelebur dosa. Hanya kepadamu lah kami meminta kesembuhan, kesembuhan yang tak ada kambuh lagi."

Amin Ya Robbal'alamin.







Thursday, March 12, 2020

Hari 001 (16/10/2018) - Ummi Pengsan di Surau Plaza Tol Bukit Raja

Tarikh : 16 Oktober 2018 (Selasa)

Hari ini jam 10:15 malam

======================================================
Assalam...anak2 semua..
Ummi pengsan kat Surau di shah Alam..skrg abah dgn ummi dlm ambulan ke hospital kerajaan seksen 7 shah alam.. tenang2...bnyk kan berdoa kpd Allah...agar ummi sihat dan dilindungi Allah...Aamiin

Bateri tepon abah nak habis...apa2 guna tepon ummi ya...

======================================================

Ketika ini....hanya Abah yang ada bersama Ummi...
Kami dalam perjalanan ke Klang untuk menghadiri Perjumpaan Muslimat di sana bersama dengan Ustaz Md Cina (UMC)...

Bertolak dari rumah lepas solat Maghrib....Alang dan Adik ada di rumah..
Abah nampak Ummi kepenatan....rasa pusing2...
Jadi abah cadang kat Ummi..tak payah ikut....
Tapi Ummi nak ikut jugak...duduk dlm kereta shj pun tak apa katanya...

Abah bagi Ummi minum air suam dengan madu sbb takut Tekanan Darah rendah..
Lepas minum, kami bertolak ke Klang..

Sampai kat Tol Bukit Raja...Ummi ajak abah berhenti utk solat Isya.
Abah bersetuju....dan kami berhenti..
Abah pimpin tangan Ummi masuk bilik air sebab abah takut Ummi jatuh sbb lantai licin.
Abah pimpin tangan Ummi bawa ke tempat ambil wuduk.
Lepas ambil wuduk..abah bagi tahu...Ummi solatlah dulu..abah nak ke bilik solat lelaki..
Masa tu hanya Ummi sorang kat bilik solat tu..
Abah pun pergi ke bilik solat lelaki..abah pun sorang-sorang kat bilik solat lelaki.

Lepas solat...abah terus ke kereta sbb nak caj bateri telepon..
Abah hidupkan enjin kereta & tunggu kat dlm kereta.
Lepas 10 atau 15 minit...Ummi masih tak keluar..
Abah pun matikan enjin dan menjenguk ke bilik solat perempuan..
Abah nampak Ummi bersandar di dinding surau..
Abah masuk dan memangku serta meriba kepala Ummi..
Ummi...Ummi..kenapa? Ummi penat ke? 
Masa tu ummi bersuara tapi dah tak berapa difahami..
Kalau Ummi penat...kita berehat sini lah..kita tidur dulu kat sini...
Abah ada...

Abah pun jenguk ke pintu surau...masa tu abah nampak Mak Cik cleaner plaza tol tu..
Abah cakap....tolong panggilkan ambulan...isteri saya pengsan...
Dia pun naik ke bangunan Plaza Tol tu..

Masa tu..abah teringat kat Fuad....abah pun telefon Fuad...minta dia panggil ambulan jugak..
Sambil menunggu..abah bercakap2 dengan Ummi..dengan kepalanya di riba abah..
Ummi sabar ya...Abah ada kat sini...Ummi rehat..ingat Allah...jangan fikirkan apa2 lagi..
Program tu....biar Ustaz UMC aje teruskan...
Masa tu...mulut ummi berbunyi bunyi mcm nak bercakap tapi abah dah tak faham apa yang ummi sebut...tapi tangan Ummi memeluk erat dan kuat tengkuk dan badan abah..

Dalam 10 minit..ambulan dan Fuad datang....
HA minta ummi naik atas stretcher..
Masa tu abah pegang badan Ummi dan abah nampak Ummi angkat kaki untuk naik atas stretcher tapi tak kesampaian...jadi kami terus angkat Ummi dan letak atas stretcher dan dimasukkan kedalam ambulan...
Kunci kereta abah serah kat Fuad dan abah naik sekali dengan Ummi.
Abah pegang tangan Ummi...sambil2 ajar Ummi mengucap...

HA ambil bacaan glukos Ummi...... Bacaan Normal
HA ambil bacaan tekanan darah Ummi........ AllahuAkbar.... Bacaannya 207...!!!!!

Perjalanan dari Tol Bukit Raja ke Hospital Shah Alam (HSA) terasa begitu lambat...padahal dalam 10 minit sahaja...

Sampai di Unit Kecemasan HSA, stretcher ditolak ikut LINE KUNING...sampai didalam HA meneliti Ummi & katanya pupil Ummi dilated.... Abah tanya maksudnya?? Dia kata mata hitam Ummi tak sama saiz..menunjukkan ada pendarahan di dalam otak...
Jadi..terus ditolak ke LINE MERAH....
Disini Ummi diberikan alat pernafasan lain-lain..
Doktor minta keizinan abah untuk di buat CT Scan..



Anak2 semua dah dimaklumkan...
Alang dan Adik diminta datang ke HSA..
Along di wassap sbb masih outstation di Kuching Sarawak....akan menukar flight utk balik lebih awal.
Angah bertolak balik dari UNIKL Melaka dan singgah di USIM Nilai utk ambil Kak Chik.
Ateh kat Egypt pun sudah dimaklumkan..

Semua ahli keluarga sudah di wassap tentang keadaan Ummi dan diminta semua berdoa kpd Allah akan dikurniakan yang terbaik...

Jam 1:00 pagi (17hb Okt 2018)....
Abah jenguk meninjau wajah Ummi di katil di wad Emergency..
Masih tak sedarkan diri...Namun wajah Ummi cerah, bersih & tenang..
Hanya doa kepada Allah di dalam hati Abah ...
Ya Allah...kurniakanlah yang terbaik kepada Ummi dan kami semua..Aamiin


Jam 1:20 pagi (17hb Okt 2018)....
Result CT Scan dah ada..
Doktor tunjukkan gambar CT Scan dan maklumkan Pendarahan agak serius...
Keputusan perlu di buat secepat mungkin....




Tuesday, January 15, 2019

SELAMAT TAHUN BARU

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019

SEMOGA SENTIASA DIBERKATI DAN DILINDUNGI ALLAH..
AAMIIN

Sunday, December 13, 2015

Kak Chik ikut Kursus JDK di Kuantan 12 Dis - 31 Dis 2015

Kursus Jatidiri dan kesukarelawan peringkat zon Timur.
Resepi kejayaan mencapai objektif JDK
1. Keimanan kepadaNya kuat
2. Tersedia keikhlasan dijalanNya
3. Semangat memperjuangkan meningkat
4. Bersedia berkorban dan beramal utk melaksanakannya
Moga Allah mempermudahkan dan melancarkan kursus ini sehingga ke penghujungnya, insyaAllah.



Adik Interview Form 1 di Imtiaz Kemaman

Hari Interview adik di  IMTIAZ Kemaman
....600 org murid datang...tapi tempat hanya untuk 47 orang sahaja..

Hanya Allah yang menentukan...
Yang TERBAIK hanyalah dari mu...

Thursday, November 19, 2015

Hari Kecemerlangan KAFA 2015

Alhamdulillah...semuga diberikan rahmat dan berkat oleh Allah selalu hendaknya...Ameen..






5A untuk anak-anak kita dan kita juga..

5A begitu istimewa ...
A - Ingat dan takut ALLAH
A - Sayang dan taat pada AGAMA
A - Tinggi AKHLAK nya
A - Seorang ANAK yg baik
A - Hormat AYAH dan ibunya
Semoga anak2 kita dan lebih2 lagi diri kita sendiri dpt capai 5A ni.. Allahumma aamiin

Penyampaian Hadiah di SKLK

TAHNIAH ADIK....
SEMOGA MENJADI ANAK YANG CEMERLANG
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..AAMEEN..




Tuesday, November 17, 2015

Double Happiness...Alhamdulillah

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana hari ini diberikan kebahagiaan melalui anak bongsu Adik Farihin..
1) UPSR - 5A
2) PSRA - Jayyid Jiddan

Semoga Adik menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi permata bahagia untuk semua makluk di dunia ini...Aameen

 

Tuesday, August 19, 2014

Graduasi Alang Diploma Tahfiz INSPI - Ogos 2014

Alhamdulillah...dan TAHNIAH kepada Alang Ustaz Mohamad Faruq AlHafiz yang telah mendapat kejayaan cemerlang (THE ONE and ONLY MUMTAZ!!!!)....
Majlis Anugerah Graduasi Diploma Tahfiz INSPI di Menara Yayasan Islam Terengganu pada 17hb Ogos 2014...

GRADUAN TERBAIK pulak tu....
Alhamdulillah...semuga diberikan rahmat dan berkat oleh Allah selalu hendaknya...Ameen..








Thursday, March 13, 2014

Kak Chik masuk asrama

Assalamualaikum wm wbrt

Hari ini dah masuk 2 hari Kak Chik ( satu-satunya anak perempuan ku) masuk asrama..
Ini lah kali pertama dia duk asrama...kat SMKA Kuala Selangor.
Hari Selasa 11hb Mac 2014 baru-baru ni, pergi hantar kat sana..
Very big school...Nice place... jumpa guru Besarnya Puan Hamidah dan Guru Ustazah Ariza...
Sangat berhemah dan berkeperibadian tinggi..

Sebut pasal Kak Chik ni, sedih gak rasanya bila tengok dia akan menjalani hidup kat asrama tu..
Tapi insya Allah, semuga dipermudahkan Allah..
Cepatnya masa berlalu...tup-tup dah Form 4 Kak Chik ni...
Semalam dia call...sempat cakap sikit aje...nak lepaskan rindu agaknya..
Tak boleh cakap lama-lama sebab dia dah mula sebak...
Bila dia sebak...kita pun sebak jugaklah..tapi "control" sebab tak nak dia lagi sebak.....
Tak apa Kak Chik...sabar....tak sangka ya...dapat sekolah tu..
Apa-apa pun..itulah perancangan Allah...
Syukur...Inilah yang terbaik yang Allah berikan kepada kita...
InsyaAllah..kalau tak ada aral melintang, abah & ummi pergi akhir minggu ni...
Tak pun...tak sampai 2 minggu lagi dah nak cuti sekolah....


Sharing ....Pastikan Anda Mandi Wajib Dengan Betul


Sharing ....Pastikan Anda Mandi Wajib Dengan Betul


Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing...

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
  
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain… Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. Panduan Tambahan 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Monday, January 6, 2014

Happy 48th Birthday

Hi Honey....Happy 48th Birthday...
Semuga Allah memberikan rahmat, berkat serta kebahagiaan di dunia dan diakhirat..
Thank A LOT coz sentiasa berada di samping Abah..
SMILE ALWAYS...

Tuesday, December 17, 2013

Wednesday, November 13, 2013

Alhamdulillah....Result Alang Semester 5....FOUR FLAT !!!!

Alhamdulillah...syukur kepada Allah atas segala nikmat serta rahmat yang dikurniakan.
Semalam, dapat call from Alang...bercerita pasal result Semester 5..
Tahniah...4 FLAT!!!!
Semuga dipermudahkan Allah selalu hendaknya...
ALL OF US SO PROUD OF YOU....CONGRATULATION !!!

Tuesday, November 12, 2013

Alhamdulillah....Majlis Khatam Hafazan 30 Juzu' Alang di INSPI

Alhamdulillah...semalam upacara ringkas majlis
Khatam Hafazan 30 Juzu' Alang 
di INSPI, dihadapan Ustaz Pembimbing dan rakan-rakan
seperjuangannya.
Semuga Allah memberikan kekuatan agar ianya kekal bersemadi
di dalam dada dan mendapat berkat serta petunjuk daripada nya.
InsyaAllah, majlis bersama dengan rakan-rakannya akan
dibuat pada awal tahun 2014 nanti..




Sunday, November 10, 2013

Friday, November 1, 2013

Ateh dah start kelas...

Alhamdulillah..hari ni dapat tengok gambar Ateh kat Azhar.
Kelas dah start...Program Jom Mumtaz pun dah mula..
InsyaAllah, semuga dapat belajar dengan baik dan di
dalam lindungan Allah selalu hendaknya.