Thursday, April 11, 2013

Penghulu Istigfar

Assalamualaikum...Jom mari kita memohon ampun kepada Allah diatas segala dosa-dosa kita samada
yang kita sedar atau pun tidak...Semuga Allah sentiasa memelihara kita dari segala musibah dan malapetaka di dunia dan akhirat...Amin

Monday, April 8, 2013

Sunnah Menyimpan Janggut


Sunnah Menyimpan Janggut & Kelebihan Menyimpan Janggut :)

✔ Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

✔ Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.

✔ Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

✔ Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.

✔ Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.

✔ Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sisterm pernafasan seperti asma.

✔ Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.

✔ Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

KEKURANGAN MENCUKUR JANGGUT.
✔ Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.

Air Tangan Orang Yang Tak Bersolat

Assalamualaikum...Ingatan buat semua....

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."



Share daripada facebook En Amzari Ibn Yazid.



Wednesday, April 3, 2013

LARANGAN MINUM SAMBIL BERDIRI


RAHSIA MENGAPA RASULULLAH MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”
Dari segi kesihatan, air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. 
Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.  Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.    
  
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. 

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”


Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).
Credit to tulahan.blogspot.com

Monday, January 30, 2012

Doa Ma'thur dari Rasulullah SAW

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini AyahNik nak berkongsi dengan semua, satu doa ma'thur
dari Rasulullah SAW yang diijazahkan oleh Datuk Paduka Sheikh Badarudin,
Mufti Negeri Kedah baru-baru ini.
InsyaAllah, semuga boleh menjadi amalan kita semua...




Wednesday, February 16, 2011

RINDUNYA HATI KU PADA MU

Ya Allah...

Rindunya hati ku pada Mu

Rindunya aku akan rahmatmu

Rindunya aku untuk berkasih denganMu

Namun...

Adakah lambaian rinduku disambut olehMu

Adakah gamitan kasihku dibalas olehMu

Lantaran kealpaan ku....

Lantaran kekhilafan ku...

Alangkah ruginya aku

Alangkah malangnya aku

Ya Allah....

Bukakanlah pintu rahmatMu

Lapangkah ruangmu untuk ku

Tetapkanlah imanku padaMu

Agar rinduku tidak dipersiakanMu

Agar rinduku diterima olehMu

Agar kasihku dibalas olehMu

Wednesday, February 9, 2011

KU POHON REDHA DARI MU

KU POHON REDHA DARI MU

Ya Allah....
Tuhan yang menguasai alam ini..

Tuhan yang menguasai kehidupan ini...
Tuhan yang menguasai hati ini...
HambaMu bersimpuh mengharapkan keredhaanMu..
Redhailah aku menghirup udara Mu
Redhailah aku memandang dunia Mu
Redhailah aku mendengar gemersik alam Mu..
Redhailah aku menjalani hidup ini..

Sesungguhnya banyak kejadian berlaku...
diluar pengetahuan ku...
tapi semuanya di dalam ilmu Mu...
Engkaulah yang Maha Mengetahui hikmah disebaliknya...
Hambamu redha diatas segalanya...
Baik kepada diriku....baik juga datang dari Mu..
Buruk kepada diriku ....baik juga datang dari Mu...

Ya Allah....
Anugerahkanlah kekuatan kepada hambaMu..

Kurniakanlah keazaman yang jitu kepada hambaMu...
Berikanlah kesabaran yang tinggi kepada hambaMu...
Amin...Ya rabbal Alamin..