Wednesday, April 17, 2013

Assalamualaikum...Selamat Pagi

Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana telah memberikan satu hari lagi
untuk kita menghirup udara yang segar ini secara PERCUMA...tak perlu bayar-bayar...
Lihatlah betapa sayangnya Allah pada kita...
walaupun kadang-kadang kita lupa juga padaNya, tetapi Allah tidak pernah lupa pada kita...
Semuga kita semua diberkati & dirahmati Allah di dunia & di akhirat.

Biar Miskin Hal Dunia Tapi Kaya Hal Akhirat


Renung-renungkan dan semuga menjadi semangat kepada semua....
dan yang penting selamat beramal dengannya....
Perbanyakkanlah bacaan Quran di dalam rumah & 
amalkan solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga..
InsyaAllah...diberkati & dirahmati Allah selalu...


Tuesday, April 16, 2013

Believe In Yourself

Percaya & yakin pada diri sendiri...
Selagi kita tidak melanggar batas-batas agama, lakukan dengan penuh semangat, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain yang bertujuan untuk memusnahkan kita...
InsyaAllah, Allah akan mengurniakan kepada hambaNya mengikut apa yang diminta oleh hambaNya...




JOM KITA CHECK SOLAT KITA

Assalamualaikum....sejak kecil lagi kita solat...Mak Ayah pun dah ingatkan kita agar jangan tinggal solat...
Solat ni kan Tiang Agama...Kalau kita tak solat, maknanya kita runtuhkan tiang agama..
So...Jangan tinggal solat OK....
Apa2 pun, mari kita cuba check solat kita...
Semuga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT....Amin..

INGATLAH ALLAH


Semuga Allah memberikan kekuatan kepada kita agar kita sentiasa dekat dan ingat kepadaNYA...Amin

Thursday, April 11, 2013

SOLAT DHUHA, HASILNYA SUPERB!!!

Sabda Nabi S.A.W bermaksud: ” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).

” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)


Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Ayat Tujuh Syifa'

Assalam semua....didoakan agar semuanya di dalam rahmat Allah selalu hendaknya...Untuk perkongsian bersama, disertakan doa Tujuh Shifa' yang selalu digunakan untuk tujuan perawatan...Amal lah selalu agar diri kita dan keluarga kita sentiasa di dalam lindungan Allah yang Maha Berkuasa...insyaAllah....Buat isteri AyahNik dan anak-anak yang AyahNik sayangi...semuga ianya boleh dijadikan amalan harian agar sentiasa dipelihara oleh Allah SWT....Amin