Assalamualaikum wm wbrt.
Syukur kepada Allah kerana masih lagi diberikan nikmat kepada kita semua sehingga hari ini.
Ayahnik excited sikit hari ni sbb 2 orang anak yg duk kat asrama tu nak balik hari ni.
Lepas raya baru ni, baru sekarang ada peluang dia orang balik rumah.
Adik dan Kak chik pun bukan main lagi suka.. Adik dari malam tadi duk tanya..bila Ateh dan
Alang nak balik..ayahNik pun terpaksalah jawab jugak berkali-kali. Kalau tak muncungnya
boleh ikat dengan tali...Itulah karenah anak-anak.
Malam tadi sempat gi beraya kat rumah kawan...masa tu, nak kawal nafsu makan pun susah
sebab semuanya sedap-sedap belaka...Mee bandung, Lontong, nasi kunyit semua rasa...tapi
sikit-sikit. Tak boleh ambik banyak sebab semalam, bila timbang, dah naik 2 kilo...
Kawal, jangan tak kawal...bila dah "boroi" tu, susah nak dapat balik "shape" lama..
Ye lah, apa yang kita makan, kesannya nampak samada luaran atau dalaman.
Jangan pakai sambar je...bila dah datang penyakit tu, susah dia nak pergi...
Beringat-ingat dulu...mencegah lebih baik dari mengubati...
OK..itu saja pesan AyahNik kali ini...Bye...
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)