Thursday, November 27, 2008

Kunjungan Istimewa

Assalamualaikum wm wbrt,

Sabtu lepas, AyahNik sekeluarga di kunjungi oleh anak saudara yang dah lama tak sampai kat Paka ni...Yang nak jadi Lawyer tu lah...sapa lagi kalau tak Salimah anak Hj Sulong tu...
Kali ni bawak kawan...3 orang semuanya...Sampai elok-elok waktu Maghrib...
Nak sampai kat umah, sesat gak katanya...ye lah dah lama tak sampai kat Paka...
AyahNik dan isteri pula baru balik dari program 2 hari kat Rumbia Paka...
biasalah..tak sempat nak masak...alih-alih beli Nasi goreng aja untuk dia orang.
Alhamdulillah..sampai juga Imah kat umah AyahNik nih... Walaupun sekejap, ianya amat bermakna untuk menyambung silaturrahim antara kita...Alhamdulillah..
Dah siap-siap solat Maghrib dan Isya, mereka pun menyambung perjalanan untuk balik ke Losong.

Dalam menjalankan hidup seharian ni, kadang-kadang kita mencuri-curi masa kunjung mengunjung. Dalam dunia yang penuh kesibukan ini, memang jarang kita dapat bertemu...sebab tu lah kadang-kadang ukhuwah antara kita semakin jauh...Itulah sebabnya, kadang-kadang majlis kenduri kendara menjadi medan untuk memperbaharui dan memperkukuhkan silaturrahim kita...Buat Imah, AyahNik sekeluarga amat berterima kasih dan berbesar hati atas kunjungan Imah...Paling tidak pun, sepupu-sepupu yang ada kat rumah hari tu (Farah, Farihin, Faruq, Faris dan Farid) boleh memperbaharui lagi perkenalan kalian....Selama ni, hanya Kak Ida aje yang dia orang ingat sangat sebab Kak Ida duduk rumah AyahNik dulu... Bersama ni AyahNik post kan gambar yang Imah ambik malam tu.... Jemputlah datang lagi..OK

Sunday, November 23, 2008

Doa Memulakan sebarang Pekerjaan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

Ya Allah, aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu, Engkaulah yang Maha berkuasa menentukannya.

Ya Allah, aku mulai kerja ku dan aku bertawakkal kepadaMu. Aku berlindung dengan Mu dari perasaan keluh kesah dan dukacita, dan Aku berlindung dengan Mu dari sikap lemah dan kemalasan, dan aku berlindung dengan Mu dari sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung dengan Mu dari tekanan hutang dan kezaliman manusia.

Ya Allah, tidak ada yang mudah kecuali sesuatu yang engkau jadikan mudah. Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah segala pekerjaan dan urusan ku dan Janganlah jadikan ada perasaan dengki didalam hati ku terhadap orang-orang yang beriman.

Wahai Tuhan Maha Agong dan Maha Mulia....Amin

Berita luar (Siapakah Barrack Obama)

DIPETIK DARI LAMAN WEB PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

SIAPAKAH BARRACK OBAMA ??? (Renung-renungkan lah...)

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel?

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

(Gambar: Obama sedang melakukan ritual Yahudi). Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?


(Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden). Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.
Renung-renungkan dan Berhati-hatilah kita

Thursday, November 6, 2008

Anugerah dari Allah tidak pernah habis...

Assalamualaikum wm wbrt...

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah.
Semalam AyahNik dikurniakan beberapa berita gembira...
Ateh sudahpun tamat hafalan surah ke 4...InsyaAllah kuatkan usaha lagi semuga cepat-cepat sikit tamat hafalan sebuah AlQuran.
Kak Chik pulak...bawa balik buku rekod pelajaran....Alhamdulillah..dapat nombor 2 dalam kelas dan dapat naik satu kelas untuk tahun depan..Tahniah..
Adik pulak...dapat nombor 6 (Ok lah tu...Tadika lagi....)
Malam tadi, Alang telefon...Alang pulak terpilih untuk mewakili negeri Terengganu ke acara Olimpiad Matematik peringkat kebangsaan di UiTM Shah Alam 1 hb Disember nanti...Tahniah.
Angah telepon jugak malam tadi...baru habis exam SMU...minggu depan, mula exam akhir tahun.
Abah dan Ummi doakan yang terbaik untuk semua...
Anugerah dari Allah tidak pernah habis tapi kadang-kadang kita ni yang lupa nak ucapkan terima kasih dan syukur kepadaNya...

Berkongsi Maklumat : Cara melakukan Solat Dhuha

Salah Satu Cara Melakukan Solat Dhuha (2 Rakaat):

Solat ini adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya

Waktu : Pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan hinggalah matahari berada tepat ditengah-tengah langit . Waktu yang paling utama ialah apabila cuaca sudah mulai panas.

Niat : " Aku solat sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala".

1) Mengangkat takbiratul ihram dan berniat.
2) Rakaat Pertama : Baca Surah Al Fatihah dan satu Surah lain
3) Rakaat Kedua : Baca Surah Al Fatihah dan satu Surah lain

(Seelok-elok surah lain itu samada 'WA AL-SYAMSI WA DHUHA' atau 'WA AL-DHUHA )

4) Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah zikir 'YA WAHHAB '(Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.

5) Setelah beri salam bacalah zikir "YA BASITH" (Maha Melapangkan hidup) sebanyak 10 kali.

6) Kalau boleh, baca pula ayat seribu dinar 3 kali.

7) Bacalah doa solat Dhuha iaitu:

"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah, jika rezekiku sukar, mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu." Amin