Salah Satu Cara Melakukan Solat Dhuha (2 Rakaat):
Solat ini adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya
Waktu : Pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan hinggalah matahari berada tepat ditengah-tengah langit . Waktu yang paling utama ialah apabila cuaca sudah mulai panas.
Niat : " Aku solat sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala".
1) Mengangkat takbiratul ihram dan berniat.
2) Rakaat Pertama : Baca Surah Al Fatihah dan satu Surah lain
3) Rakaat Kedua : Baca Surah Al Fatihah dan satu Surah lain
(Seelok-elok surah lain itu samada 'WA AL-SYAMSI WA DHUHA' atau 'WA AL-DHUHA )
4) Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah zikir 'YA WAHHAB '(Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.
5) Setelah beri salam bacalah zikir "YA BASITH" (Maha Melapangkan hidup) sebanyak 10 kali.
6) Kalau boleh, baca pula ayat seribu dinar 3 kali.
7) Bacalah doa solat Dhuha iaitu:
"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah, jika rezekiku sukar, mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu." Amin
Thursday, November 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment