Tuesday, December 17, 2013
Monday, December 16, 2013
Wednesday, November 13, 2013
Alhamdulillah....Result Alang Semester 5....FOUR FLAT !!!!
Alhamdulillah...syukur kepada Allah atas segala nikmat serta rahmat yang dikurniakan.
Semalam, dapat call from Alang...bercerita pasal result Semester 5..
Tahniah...4 FLAT!!!!
Semuga dipermudahkan Allah selalu hendaknya...
ALL OF US SO PROUD OF YOU....CONGRATULATION !!!
Semalam, dapat call from Alang...bercerita pasal result Semester 5..
Tahniah...4 FLAT!!!!
Semuga dipermudahkan Allah selalu hendaknya...
ALL OF US SO PROUD OF YOU....CONGRATULATION !!!
Tuesday, November 12, 2013
Alhamdulillah....Majlis Khatam Hafazan 30 Juzu' Alang di INSPI
Alhamdulillah...semalam upacara ringkas majlis
Khatam Hafazan 30 Juzu' Alang
Khatam Hafazan 30 Juzu' Alang
di INSPI, dihadapan Ustaz Pembimbing dan rakan-rakan
seperjuangannya.
seperjuangannya.
Semuga Allah memberikan kekuatan agar ianya kekal bersemadi
di dalam dada dan mendapat berkat serta petunjuk daripada nya.
di dalam dada dan mendapat berkat serta petunjuk daripada nya.
InsyaAllah, majlis bersama dengan rakan-rakannya akan
dibuat pada awal tahun 2014 nanti..
dibuat pada awal tahun 2014 nanti..
Sunday, November 10, 2013
Friday, November 1, 2013
Ateh dah start kelas...
Alhamdulillah..hari ni dapat tengok gambar Ateh kat Azhar.
Kelas dah start...Program Jom Mumtaz pun dah mula..
InsyaAllah, semuga dapat belajar dengan baik dan di
dalam lindungan Allah selalu hendaknya.
Thursday, October 24, 2013
Rindu pulak eh kat Ateh!!!
Dah 4 hari Ateh pergi Egypt/Mesir...
Ikut kata agensi, kelas kat Azhar start 21hb...
Mesti Ateh sibuk nih...
Tak apalah...apa apa pun terubat jugak rindu bila nampak gambar Ateh dah sampai kat Cairo Airport...
Alhamdulillah....Take care...Jaga diri baik-baik...Ingat Allah selalu...Semuga dalam peliharaan Allah selalu hendaknya...Ameen...

Mesir.....Ateh datang!!!!
Berbekalkan 2 bag dan 1 kotak yang penuh dengan rempah-rempah, halia, lengkuas, daun pandan, daun limau purut, sos tomyam, pes nasi goreng..dan paling tak lupa..favourite Ateh....Blackpepper sos...(1 liter tau...)...InsyaAllah..nak bawa ke Mesir...at least boleh masak sendiri nanti....
Bermulalah suatu perjalanan....
Alhamdulillah...pada 20hb Okt 2013 lepas (Ahad), bermulalah perjalanan anak keempat AyahNik, Ateh @ Mohamad Faris menuju ke bumi Anbiya' Mesir...dengan tujuan untuk menimba ilmu dunia dan akhirat. InsyaAllah selama 6 tahun dan akan kembali nanti sebagai seorang Doktor...InsyaAllah..
Semuga diberkati dan didalam peliharaan Allah selalu hendaknya...
Monday, July 15, 2013
Sedikit Maklumat mengenai "Jaundice"
Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.
NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.
AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.
Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.
Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.
Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.
Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.
Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.
Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.
Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.
Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.
Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.
Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.
Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.
UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)
BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.
2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)
5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)
Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.
Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.
InsyaALLAH

Sunday, July 14, 2013
Kajian : Betul ke tak?? Wallahu a'lam
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas
TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
(JENIS PANCAINDERA: KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, selalu sihat, banyak kerja.
AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.
API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.
ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah
Wednesday, May 8, 2013
Tuesday, April 30, 2013
Along...Selamat Hari lahir yang ke 23..
Assalam...Selamat Hari lahir yang ke 23 kepada Along.
Abah & Ummi serta adik-adik semua doakan semuga Along sentiasa
di bawah lindungan Allah & di berkati Allah selalu hendaknya...Amin
Monday, April 29, 2013
Thursday, April 25, 2013
Wednesday, April 24, 2013
CERPEN : MANA MAK?
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
Let's dream
...but do not OVER DREAM...
Ingat...Apa yang kita niat, apa yang kita sebut, apa yang kita mimpi..
SEMUANYA DOA KITA KEPADA ALLAH...
So, niat yang baik-baik, sebut yang baik-baik & mimpi yang baik-baik..
Tuesday, April 23, 2013
Piramid makanan
Pernah dengar Piramid Makanan? Jom kita buat ulangkaji sikit...
Ianya menentukan pembahagian makanan yang optimum untuk
memberikan tubuh badan yang sihat kepada kita.
Mari kita lihat POLA PEMAKANAN kita ini supaya kita tak menghadapi pelbagai komplikasi..
Kebanyakan kita lebih cenderung untuk MAKAN MENGIKUT NAFSU..
JOM SIHAT BERSAMA!!!!

Heart Attacks and Hot Water
A very good article which takes two minutes to read. Heart Attacks And Drinking Warm Water
This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about Heart Attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.
For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
Common Symptoms Of Heart Attack...
A serious note about heart attacks - You! should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting . Be aware of intense pain in the jaw line.
You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive..
Monday, April 22, 2013
Adab-Adab Potong Kuku Ikut Sunnah
Dipetik dari Facebook Ust Don Daniyal
Jom Potong Kuku Ikut Sunnah :)
Sunnah memotong kuku kerana memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.
Menurut pendapat Imam Nawawi:
Mulakan dengan tangan kanan, kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking, kemudian memotong kuku ibu jari; habis potong kesemua kuku di tangan kanan.
Kemudian potonglah kuku tangan kiri, dimulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - seterusnya ibu jari tangan kiri - complete.
Menurut pendapat Imam Ghazali:
Mulakan dengan tangan kanan.
Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk - jari tengah - jari manis - jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan dengan jari kelingking - jari manis - jari tengah - jari telunjuk - ibu jari tangan kiri - kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari kanan.
Pendapat Imam Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata." (Boleh rujuk dalam kitab Kitab Al-Mughni)
'Mukholifan' bermakna tertib-tertib seperti yang ditunjukkan..
Menurut Imam Ahmad:
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk.
Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga.
Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil amalkan.
Wallahualam..
Mudah-mudahan bermanfaat... :)
Syukur Kepada Allah..Jangan Lupa Ya..
Bersyukurlah dengan setiap pemberian Allah kepada kita & tak putus-putus
berdoa kepada Nya... :)
"Bersyukur dengan seluruh anggota tubuh adalah menahannya dari maksiat dan selalu menggunakannya dalam ketaatan."(Abu Hazim).
Doa ketika basuh beras
Khas buat Ummi, Along, Angah, Alang, Ateh & Kak Chik yang selalu masak nasi tu...
Jangan lupa baca doa tau...ini amalan baik yang boleh kita buat selagi
tak bercanggah dengan hukum Islam...
Firman Allah dalam Surah Al-mu'minun ayat 60 :
" Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankan (doa) kamu."
Friday, April 19, 2013
Perbaikilah diri...
Assalamualaikum....Sebagai seorg hambaNya yg lemah, kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan samada secara sedar atau tanpa sedar.......
Marilah kita sama-sama amalkan doa ini & semoga Allah S.W.T akan sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk memperbaiki diri kita setiap masa agar menjadi seorang khalifah yang lebih baik pada hari ini,
in sha Allah :)
Wednesday, April 17, 2013
Assalamualaikum...Selamat Pagi
Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana telah memberikan satu hari lagi
untuk kita menghirup udara yang segar ini secara PERCUMA...tak perlu bayar-bayar...
Lihatlah betapa sayangnya Allah pada kita...
walaupun kadang-kadang kita lupa juga padaNya, tetapi Allah tidak pernah lupa pada kita...
Semuga kita semua diberkati & dirahmati Allah di dunia & di akhirat.
Biar Miskin Hal Dunia Tapi Kaya Hal Akhirat
Renung-renungkan dan semuga menjadi semangat kepada semua....
dan yang penting selamat beramal dengannya....
Perbanyakkanlah bacaan Quran di dalam rumah &
amalkan solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga..
InsyaAllah...diberkati & dirahmati Allah selalu...
Tuesday, April 16, 2013
Believe In Yourself
Percaya & yakin pada diri sendiri...
Selagi kita tidak melanggar batas-batas agama, lakukan dengan penuh semangat, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain yang bertujuan untuk memusnahkan kita...
InsyaAllah, Allah akan mengurniakan kepada hambaNya mengikut apa yang diminta oleh hambaNya...
JOM KITA CHECK SOLAT KITA
Assalamualaikum....sejak kecil lagi kita solat...Mak Ayah pun dah ingatkan kita agar jangan tinggal solat...
Solat ni kan Tiang Agama...Kalau kita tak solat, maknanya kita runtuhkan tiang agama..
So...Jangan tinggal solat OK....
Apa2 pun, mari kita cuba check solat kita...
Semuga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT....Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)