Thursday, April 23, 2009

BERKELAH - SATU AKTIVITI YANG AMAT BAIK..

Assalamualaikum wm wbrt..

Alhamdulillah, akhir bulan Mac lepas, AyahNik dan keluarga yang ada kat rumah lah (Ummi, Acik dan Adik) berkesempatan berkelah sama dengan rakan-rakan semua kat Air Menderu, Kertih, Kemaman...Sibuk-sibuk kerja seminggu, kena relaxkan minda jugak...
Kami semua pergi sebelah pagi sebab sebelah pagi ni ni tak lah ramai sangat...
Ribuan terima kasihlah buat semua rakan-rakan yang masing-masing bawa bekalan dan kongsi
sama-sama kat sana...Memang best....air terjun yang sejuk, ikan bakar yang fresh...makan dengan ikan singgang..woih...kecur air liuh pulak eh....Pak Din dan Liza memang hebat bab masak-masak ni... Orang lain pun tak kurang hebatnya....Anak-anak pulak...tahu ajalah...bila dah jumpa air...terus lupa bab makan...bila dah lapar...baru naik cari makan...AyahNik pun tak lepas peluang..mandi gak dengan budak-budak tu...Kaum wanita pun, bukan main lagi..sempat pulak buat telematch kat situ....Terima kasihlah pada semua..terutamanya Kak Maimun dan keluarga yang sama-sama datang berkelah ni..., dan pada semua lah yang hadir hari tu..next time kita buat lagi..okay...Sama-sama ini, AyahNik sertakan beberapa keping gambar yang sempat diambil hari tu.... (Kat Slideshow No 1)

No comments: