Wednesday, July 30, 2008

Lawatan Ke Utara - No 2


Assalamualaikum wm wbrt

InsyaAllah, AyahNik nak sambung balik cerita pasal lawatan tersebut..
Lepas makan tengahari, kami berhenti di sebuah masjid yang besar di Padang Besar, Perlis untuk membersihkan diri masing-masing dan solat di situ... Sebelah petangnya, kami berpeluang melawat kilang pembungkusan Kopi Radix di Kompleks SME Bank dan diberikan penerangan oleh Pengurus di situ...
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Petani menyusuri "highway" melalui Changlun, Jitra dan lain-lain...Alhamdulillah, kami sampai di Sungai Petani melalui exit Sungai Petani Utara dan terus menuju ke tempat penginapan HPA Homestay di Bandar Laguna Merbuk.
Bagi mengejar program pukul 9:00pm iaitu Pengisian Skil Perawatan Tapak Tangan oleh Pn Sharifah (Kak Pah) di Cawangan HPA Sungai Petani, kami tak sempat mandi dan akan bersolat Jama' Taakhir di sana...
Kak Pah tak dapat menhadirkan diri atas uzur yang tidak dapat dielakkan... Walaubagaimanapun, alhamdulillah slot tersebut diganti oleh Kak Jamaliah yang tak kurang hebatnya... Banyak ilmu yang kami dapat dari penerangan dan soal-jawab yang dijalankan..
Program habis pukul 11:00 pm dan kami ke Restoran untuk makan malam...
Lepas tu, kami terus ke penginapan untuk bermalam...
Esoknya, solat subuh berjemaah diadakan di Masjid Laguna Merbok dan pukul 8:00am, kami bersarapan di sebuah kedai makan di Laguna Merbok. Pukul 9:00 am, kami terus ke Pejabat Cawangan HPA Sungai Petani, HPA Collection dan HPA Jawi Shop... Hai..banyaknya shopping terutamanya Abg Ghani kita tu.....Lebih kurang pukul 11:00 am, kami bertolak ke Kilang Kosmetik Muslimah dan diberikan penerangan ringkas oleh Pengarah Urusannya, Pn Famiza tentang produk dan cara pembungkusannya... Lepas tu, kami ke kilang Radix Cola yang berdekatan dan melihat bagaimana minuman tersebut dibotolkan.

Selepas itu, kami diberikan aktiviti bebas di kawasan Legenda Height di mana kami menziarahi Stokis Daerah Ust Zahir, makan di RFC, shopping di Village Mall, melihat pembinaan Hotel AlZahraa.... Hai...tak cukup duit nampaknya...tapi tak apa sebab Bank Islam dan Bank Maybank ada berdekatan di situ...Kami dijamukan dengan RFC yang di"sponsor" oleh Ust Zahir... terima kasih dan alhamdulillah...semuga Allah murahkan rezeki Ustaz...
Tepat 2:15pm, kami menaiki bas semula ke Pejabat Cawangan HPA Sg Petani untuk solat dan mendengar pengisian oleh Ust Zahir...Banyak yang kami dapat terutamanya motivasi bagaimana nak jadi usahawan yang cemerlang dan sebagainya......Selepas tu, alhamdulillah, Allah memberikan keizinan kepada kami semua untuk mendengar pengisian yang diberikan oleh Kak Pah...Kak Pah dengan bersungguh-sungguhnya berkongsi maklumat dengan kami tentang perawatan dan lain-lain walaupun terlampau sibuk dengan program yang lain.... Terima kasih banyak Kak Pah....
Seterusnya kami kembali semula ke RFC untuk mengambil pesanan RFC yang kami pesan melalui En Mahadi dari pagi tadi..
Seterusnya, tepat pukul 7:20pm, kami bertolak pulang ke Timur melalui Grik. Kami berhenti solat di Masjid Kuala Ketil dan bas pun menyusuri Lebuh Raya dengan beberapa henti untuk shopping kat Bukit Bunga, solat di Marang, sarapan di Rantau Abang dan lain-lain sehinggalah kami sampai dengan selamat di Paka pada pukul 9:00 am...
Alhamdulilllah...rasanya banyak juga yang kami dapat hasil dari lawatan 3 hari 2 malam ini...
InsyaAllah, ada yang melahirkan azam untuk pergi lagi di lain-lain masa...
Semuga lawatan ini memberikan semangat kepada kami untuk memperjuangkan matlamat membawa semua ummat Islam terutama di Paka ini supaya menghargai dan menyedari tugas dan tanggungjawab kita agar segala yang kita lakukan termasuk makanan yang kita makan adalah benar-benar halal kerana "Bahagia Jasmani, Bahagia Rohani, Bahagialah hidup ini". InsyaAllah...

Tuesday, July 29, 2008

Lawatan ke Utara - No 1

28hb July,

Alhamdulillah, AyahNik berpeluang menyertai satu rombongan yang dianjurkan oleh Pemimpin Usahawan HPA Dungun/Kemaman ke Utara Malaysia iaitu ke Arau, Perlis dan Sungai Petani,Kedah. Kami bertolak dari Kemaman lebih kurang pukul 10pm. Macam biasalah, bila bas berjalan lebih kurang 15 minit, AyahNik pun terus terlena...bukan apa, memang AyahNik ni jenis orang yang cepat lelap bila naik bas...
Sedar tak sedar, AyahNik terjaga bila menyedari pemandu bas memperlahankan bas dan berhenti di satu tempat yang AyahNik tak tahu di mana. Penumpang pun masing-masing turun dari bas. AyahNik pun ikut sekali. Bila dah turun, rupa-rupanya bas berhenti di sebuah surau untuk membolehkan kami menunaikan solat subuh... Kami berhenti di satu perhentian yang biasa ramai pemandu yang berhenti iaitu di puncak yang paling tinggi di atas bukit sebelum sampai Grik.
Terdapat beberapa lori lain yang juga berhenti di situ. Yang peliknya, tempat tu gelap gulita.Tiada lampu elektrik yang menyala. Pemandu bas terpaksa menyalakan lampu bas agar kami dapat menggunakan tandas dan surau di situ..(Alhamdulillah...terima kasih kepada Pak Cik Driver bas) AyahNik pun memasuki tandas dan membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh di situ. Apabila membuka paip air untuk mengambil wudhu'...MasyaAllah...sejuknya.. macam air yang baru keluar dari peti ais...sejuknya sampai terus ke tulang...
AyahNik pun ambil wudhu'dengan cara ambil yang wajib aje... Tak sanggup nak buat 3X sebab sejuknya hanya Allah yang tahu... Kami solat berjemaah di dalam surau yang gelap gelita tersebut... Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana memberikan kami kekuatan untuk menyempurnakan kewajipan kami...

Kami sampai di ibupejabat HPA lebih kurang pada pukul 11:30 tgh. Agak kelewatan sedikit dan lari dari jangkaan awal kami. Kami disambut oleh En Fudzail dan dijamukan sarapan pagi.
Oleh kerana masa yang perlu kami kejar sebelum waktu rehat(zohor), tanpa melengahkan masa
kami terus diiring ke kilang pembungkusan herba di Jejawi. Di sana kami diberikan "tour visit"
bagaimana pembungkusan herba dijalankan dan satu taklimat diberikan oleh Pengurus En Zakaria Abu Bakar. ..Alhamdulillah, rasa bangga dihati kami melihat bagaimana sebuah syarikat Bumiputera Muslim boleh mengeluarkan herba-herba yang amat berguna untuk ummmah dengan menggunakan peralatan moden yang agak canggih..

Setelah itu, kami dibawa ke sebuah restoran yang dikenali sebagai Anjung Keli di mana disajikan makanan tengahari yang amat banyak lauk-pauknya.... Ikut feedback rakan-rakan semua, makanannya sedap dan harganyanya pun murah sangat....

InsyaAllah...AyahNik akan sambung lagi...

Thursday, July 24, 2008

Sempurnakah hidup kita..?

Assalamualaikum wm wbrt

AyahNik minta maaf sebab dah masuk 3 hari AyahNik tak berkesempatan mencoret catatan di blog ini. Bukan apa, AyahNik sibuk sikit sebab ada beberapa meeting penting yang perlu dihadiri.
Terutamanya dalam membincangkan halatuju syarikat sekarang...
Cuma petang semalam, AyahNik berkesempatan membelek satu majalah yang dihadiahkan oleh seorang rakan. AyahNik termangu sejenak apabila melihat satu gambar di muka belakang majalah tersebut. Tiba-tiba beberapa titis airmata mengalir di pipi AyahNik (Emosilah pulak nih...). Gambar seorang anak kecil memakai baju sekolah "berjalan" di atas jalanraya menuju ke sekolah. Berjalan di sini bukan menggunakan kaki seperti kita tetapi menggunakan dua belah tangan yang dipakaikan selipar kerana anak kecil ini tidak ada kaki...seluruh bahagian bawah dari pinggangnya tiada...Ya Allah....begitu kuat azam anak ini...Wajahnya tidak ada langsung perasaan susah atau hampa...
Tersentuh di hati AyahNik betapa...Allah memberikan kesempurnaan kepada diri ini...namun jarang sekali mengsyukurinya...Begitu sukar ujian yang Allah berikan kepada anak ini, namun tidak pernah semangatnya patah untuk menuntut ilmu....
Tapi kita....yang sempurna fizikal dan akal di berikan oleh Allah, tidak mahu menggunakannya sebaik mungkin....
Ya Allah....sempurnakanlah hidup kami di dunia ini sebagaimana sempurnanya kau jadikan diri ini....

Tuesday, July 22, 2008

USIA OH USIA....

Assalamualaikum wm wbrt,

Apa khabar semua hari ni? Semuga sihat dan diberkati Allah selalu hendaknya.
Syukur kerana masih lagi diberi kekuatan oleh Allah di dalam dunia fana ini.
Pagi tadi, masa nak sikat rambut AyahNik yang dah makin sikit ni, termenung kejap AyahNik tengok beberapa urat uban putih yang mula naik kat atas kepala AyahNik ni...
Rupa-rupanya dah banyak...selama ini ia bersembunyi disebalik rambut yang masih hitam...
Kira punya kira...umur AyahNik dah nak masuk 44 tahun rupanya.... InsyaAllah, 1 Sept depan, genaplah 44 tahun usia AyahNik...
Tertanya dalam hati AyahNik, dah 44 tahun hidup ni...cukup ke bekalan nak bawa nanti...
Tanggungjawab sebagai hamba dah selesai ke belum?
Solat fardhu dah lengkap ke tidak?
Amalan sunat yang nak tampal mana-mana yang koyak tu, berterusan ke tidak?
Tanggungjawab kat keluarga termasuk isteri dan anak-anak dah habis ke belum...?
Tanggungjawab kat masyarakat, ada buat ke tidak..?
MasyaAllah...kerdilnya diri ini......banyaknya dosa ini....
Sikitnya bekalan yang nak dibawa....
Ya Allah...
Berilah kekuatan kepada insan yang selalu lupa dan buta ini...
Bawalah aku pergi dari lorong yang gelita ini ...
Sebelum ianya menjadi lebih parah...
Sebelum ia sampai kepenghujung usia...
Tuhan...dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmatmu melangit luas..
Tuhan...bimbinglah aku...terimalah taubat ku...
Tuhan...Selangkah ku rapat pada mu...
Seribu langkah Kau rapat pada ku...
Maha Suci mu Ya Allah....

Monday, July 21, 2008

Kempen Halal di Radio IKIM

Assalamualaikum wm wbrt
Petang tadi, AyahNik berkesempatan mendengar celoteh Tokki
di radio IKIM lebih kurang pukul 530pm...
Celoteh Tokki kali ini memang bersemangat dan diharapkan agar memberikan kesedaran kepada semua pengguna Islam. Celotehnya berkenaan dengan barangan makanan dan keperluan seharian untuk kita sebagai orang Islam...
Sekarang ni dah banyak pilihan yang boleh kita pilih dari segi bahan makanan ataupun keperluan harian...
kenapa kita pilih sos cili yang datang dari kilang yang kita tak tahu halal-haramnya sedangkan dalam pasaran dah ada sos cili buatan muslim..?
Kenapa kita pakai ubat gigi yang masih kabur tentang halal-haramnya sedang kan dah ada ubat gigi khas untuk orang Islam...?
Mungkin agak mahal sedikit tetapi adakah kita sanggup berjimat 5 sen atau 10 sen sedangkan yang masuk dalam perut kita tu masih lagi syubhah?...
Janganlah kerana nak jimat 5 sen atau 10 sen, jasad kita nanti akan jadi bahan bakar api neraka...
Cubalah sebaik mungkin untuk mencari yang halal untuk keperluan kita sekeluarga...
Janganlah kita hanya tutup sebelah mata menggunakan keperluan kita tanpa usul periksa tentang halal haramnya..
Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah WAJIB bagi setiap muslim..

Kalau kita gunakan yang dah yakin halalnya, hidup kita pun tenang...tak ada lagi rasa ragu-ragu kan?

Marilah bersama-sama kita berkempen untuk membersihkan rumah kita dari barangan atau makanan yang masih lagi ragu-ragu tentang halal-haramnya...

Syabas Tokki kerana membawa isu ini...InsyaAllah AyahNik akan bersama-sama dengan Tokki untuk terus menyokong pengeluar-pengeluar barangan Muslim yang dah tidak ragu-ragu lagi tentang halal-haramnya...
Teruskan usaha Tokki untuk sama-sama menyedarkan pengguna-pengguna Islam di negara kita ini..
InsyaAllah, AyahNik akan jadi pendengar setia celoteh Tokki di Radio IKIM...

Syukur !!!

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah.....

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Cerita pasal Ateh pulak...


Assalamualaikum wm wbrt

Semalam bila hantar anak-anak kat asrama, ketiga-tiganya nampak sayu aje...
cuti 3 hari rasa sekejap aja...tak apalah... InsyaAllah, walau masing-masing duduk jauh, doa dan ingatan abah dan ummi masih bersama anak-anak semua...
Mula-mula hantar Angah, lepas tu hantar Alang dan akhir sekali hantar Ateh pulak...
Nak cerita pasal Ateh pulak ni...Alhamdulillah sekarang ni belajar dalam Tingkatan 1 di Sek Men Imtiaz Dungun..
Ateh ni agak senstitif sikit...Pendiam tu, memanglah pendiam...macam Alang jugak.
Pernah cikgu sekolah rendah cakap, nak suruh dia bercakap dalam kelas bukan main susah lagi...macam ada emas dalam mulutnya!!!...
Alhamdulillah, sekarang ni Ateh dah hafal Quran Juz Amma, Juz 1 dan Juz ke 2.
Walaupun sepatutnya dan 4 juzuk, tapi Alhamdulillah dah dapat 3 Juzuk...
InsyaAllah, kuat kan semangat dan usaha....Allah akan bantu Ateh...
Abah dan Ummi sentiasa mendoakan agar Ateh dan anak-anak yang lain berjaya di dunia dan di akhirat...Amin..

Sunday, July 20, 2008

Anak-Anak dah balik asrama

Assalamualaikum wm wbrt

Hari ni, AyahNik sekeluarga hantar Angah, Alang
dan Ateh ke asrama masing-masing setelah
3 hari bercuti kat rumah. Hai...rindu pulak
rasanya...Now, tinggal 4 orang pulak lah kat
rumah....Tak apa lah...
InsyaAllah cuti sekolah pertengahan bulan Ogos
ni, baliklah dia orang pulak...kami cadang nak gi tengok Along pulak kat Penang...
Cuti-cuti Malaysia....
Oh ya...bersama ni disertakan gambar terbaru kami sekeluarga (tanpa Along)....

Saturday, July 19, 2008

Khazanah Herba - Hempedu Bumi


Assalamualaikum wm wbrt

Semalam, hari Jumaat..tak sempat nak berceloteh kat blog ni...
Sibuk sikit dengan kerja-kerja kat rumah ni...
Bersihkan belakang rumah tu...
yang dah naik entah macam-macam pokok...
Elok juga...keluarkan peluh sikit...
Masa tebas-menebas tu, terjumpa satu pokok yang rasanya pernah tengok...
Tilik punya tilik..rupanya pokok hempedu bumi..
AyahNik pun ambillah sehelai daunnya dan dikunyah...
MasyaAllah...pahitnya....
Sebenarnya, daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. Caranya ialah rebus daunnya, ambil airnya dan diminum segelas sehari.
Daun ini juga boleh merawat luka, gatal dan gigitan serangga dengan cara menumbuk lumat daun dan letakkannya pada luka tersebut.

Thursday, July 17, 2008

Anak-Anak balik dari asrama


Alhamdulillah, petang ni 3 dari 4 anak AyahNik yang duduk kat asrama,
balik bercuti hujung minggu...terubat juga rasa rindu.
Along kat Penang tak dapat balik...biasalah ....jauh kan..
Lagi pun baru 3 minggu duduk kat sana...
Walau bagaimanapun, Along ada telefon petang tadi...
Dapat juga dengar cerita terkini Along kat sana..
Malam ni..ummi masak best untuk anak-anak..
Ayam organik percik....semua makan nasi bertambah...
Alhamdulillah...

Nak cerita juga pasal anak AyahNik yang ke 3 pulak ni...
Mohamad Faruq....Kat rumah panggil Alang aje...
Hari ini, abah dan ummi baru dapat tahu satu berita gembira..
Rupa-rupanya...dia dapat Johan Olimpiad Matematik peringkat Negeri Terengganu.
dan Hadiah Saguhati Peringkat Kebangsaan
Program tu berlangsung di UMT, Terengganu...
Inilah sikap Alang....memang tak banyak cakap...
Abah dapat tahu pun sebab abah tengok dia pakai baju T-Shirt baru tertulis pasal program tu..
Bila ditanya...barulah dia bagi tahu semua ni...
Ceritanya... dapat hadiah duit, sijil, baju dan topi...
Ummi pun baru dapat tahu bila Abah yang bagi tahu..
Gitulah sifat Alang ni...bukan kali ni aja..
Sebelum ni pun, acap kali dah berlaku...
Rupa-rupanya dia ni tak banyak cerita...
Apa-apa pun, alhamdulillah atas kejayaan Alang tu...
Syukur kepada Allah....

Rintihan Hati - Ya Ilahi Rabbi

Ya Ilahi Rabbi

Ya Ilahi Rabbi.. Sempurnakanlah pekertiku

Sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
Berikan hidayah pada hati yang tertutup

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku
Hamba bertaubat

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga
Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosamu
Ya Allah ampunilah dia
Yang telah bertaubat

Cerita Kak Chik hari ni.



Hari ni, InsyaAllah AyahNik nak cerita pasal
satu-satunya puteri AyahNik...
Namanya NurFarahin....
Panggilan kat rumah...Kak Chik aja...
Assalamualaikum Kak Cik...
Apa khabar Kak Cik hari ni? Alhamdulillah, pagi tadi
nampak Kak Chik segar aja.
Cepat aja bangun bila abah kejutkan untuk mandi,
solat dan pergi sekolah...
Cuma macam biasalah...bila Ummi tanya nak makan apa...
mesti jawabnya "cereal" aja..
Pulak tu, sikit...boleh bilang dengan jari tangan...
Apasal Kak Chik makan sikit sangat ni....tiap-tiap hari tak ada
selera...Badan Kak Chik pun, abah nampak makin kurus...
Abah nak pesan, sebut pasal sarapan, semua orang terutamanya
tengah belajar ni, kenalah makan sarapan sebab bila pergi sekolah,
perut lapar, bagaimana nak belajar...
Okay ya...janji dengan abah, Kak Chik akan makan sarapan
tiap-tiap hari...Cakap aja, nak makan apa..ummi boleh sediakan...
Ke...Kak Chik tak ada selera sebab rindu kat Along dan abang-abang
lain..Biasalah tu...Along jauh kat Penang sambung belajar.
InsyaAllah cuti nanti, baliklah.
Abang-abang lain, InsyaAllah hari ni balik untuk tiga hari...
Abah pun terasa jugak, daripada 6 orang putera-puteri, 4 dah duduk
asrama, tinggal Kak Chik dengan Adik aja....
tentulah abah/ummi pun rindu...
Tapi, InsyaAllah, sabarlah, semuanya untuk kebaikan kita semua...
OK Kak Chik...jumpa lagi..

Wednesday, July 16, 2008

Mari Berdoa

MARI BERDOA

Wahai Tuhan kami,
kami berdoa dengan namaMu yang baik dan
sifatMu yang tinggi agar
Engkau memberikan kepada kami hati yang lembut.
Hati yang khusyuk
dalam mengingatiMu dan bersyukur atas nikmatMu.

Wahai Tuhan kami,
kami memohon daripadaMu hati yang tenang dengan mengingatiMu.

Kami memohon lisan yang sentiasa bergetar meluahkan kalimah
syukur padaMu.

Wahai Tuhan kami,
kami memohon kepadaMu iman yang sempurna,
keyakinan yang
benar, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat dan amalan soleh
yang maqbul disisiMu.

Wahai Tuhan kami,
kami mohon perlindunganMu dari fitnah, yang nampak ataupun yang
tersembunyi.
Ya Allah, Maha Suci Tuhan. Perkenankanlah doa kami....

Amin....Ya Rabbal Alamin...

Apa khabar Adik hari ni...



Assalamualaikum Adik...
Adik apa khabar hari ni..?
Kat sekolah makan apa.?
Adik masuk kelas tak hari ini?
Jangan marah kat cikgu tu..

Pagi tadi adik marah-marah bila abah kejutkan
untuk mandi dan pergi sekolah...
Maaf ya dik sebab abah terpaksa kejutkan
adik. Kalau abah tak kejutkan, mesti adik pergi sekolah lewat..
Hari ni dengan esok saja adik kena pergi sekolah...
Lepas tu cuti pulak 3 hari...adik boleh rehat puas-puasnya...
Esok hari Khamis...Angah, Alang dan Ateh insyaAllah akan balik dari asrama...
cuti untuk 3 hari...bolehlah adik main dengan abang-abang okay?

Bersih & Yakin

Semalam, seorang rakan memperkenalkan satu makanan
alternatif kepada makanan syubhah yang selalu kita makan....
Apa dia???....
Ayam organik...bagi menggantikan ayam suntikan hormon
pembesaran, bahan kimia dan sebagainya...
Ayam ni dipelihara dengan diberi makan herba, jagung
dan lain-lain tanpa adanya bahan kimia yang boleh
memudaratkan kita...
Rasanya...sedap dan rasa sungguh yakin....
InsyaAllah, apa yang kita makan ni akan dijamin bersih
jasmani kita, seterusnya bersih rohani kita...
barulah bahagia hidup kita...

Bukan ayam saja...lain-lain keperluan kita pun ada
seperti daging lembu,
sosej, burung puyuh, kambing dan sebagainya...
Alhamdullillah dan terima kasih kepada pengusahanya
(Dr Mohamad Zainol) yang menjalankan fardhu kifayah ni....
Untuk kongsi bersama, bersama ni disertakan
websitenya http://www.azzain.com.
Bersih Jasmani, Bersih Rohani, Bahagialah hidup ini...
Selamat mencuba....

Syukur atas nikmatNya

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah atas nikmatNya.
Masih lagi dapat menghirup udara segar kurniaanya...
Jasmani yang sihat serta rohani yang bersih...

First time posting in this blog...
Dedicated terutamanya untuk putera-puteri ku, isteriku dan rakan-rakan sekelian...
Engkaulah permata hati ku ....
Yang memberi semangat untuk ku mengharungi hidup di alam fana ini...

Izinkan aku mencoretkan beberapa nota yang mungkin akan memberi
manafaat kepada diriku sendiri dan kepada anda semua....
InsyaAllah...