28hb July,
Alhamdulillah, AyahNik berpeluang menyertai satu rombongan yang dianjurkan oleh Pemimpin Usahawan HPA Dungun/Kemaman ke Utara Malaysia iaitu ke Arau, Perlis dan Sungai Petani,Kedah. Kami bertolak dari Kemaman lebih kurang pukul 10pm. Macam biasalah, bila bas berjalan lebih kurang 15 minit, AyahNik pun terus terlena...bukan apa, memang AyahNik ni jenis orang yang cepat lelap bila naik bas...
Sedar tak sedar, AyahNik terjaga bila menyedari pemandu bas memperlahankan bas dan berhenti di satu tempat yang AyahNik tak tahu di mana. Penumpang pun masing-masing turun dari bas. AyahNik pun ikut sekali. Bila dah turun, rupa-rupanya bas berhenti di sebuah surau untuk membolehkan kami menunaikan solat subuh... Kami berhenti di satu perhentian yang biasa ramai pemandu yang berhenti iaitu di puncak yang paling tinggi di atas bukit sebelum sampai Grik.
Terdapat beberapa lori lain yang juga berhenti di situ. Yang peliknya, tempat tu gelap gulita.Tiada lampu elektrik yang menyala. Pemandu bas terpaksa menyalakan lampu bas agar kami dapat menggunakan tandas dan surau di situ..(Alhamdulillah...terima kasih kepada Pak Cik Driver bas) AyahNik pun memasuki tandas dan membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh di situ. Apabila membuka paip air untuk mengambil wudhu'...MasyaAllah...sejuknya.. macam air yang baru keluar dari peti ais...sejuknya sampai terus ke tulang...
AyahNik pun ambil wudhu'dengan cara ambil yang wajib aje... Tak sanggup nak buat 3X sebab sejuknya hanya Allah yang tahu... Kami solat berjemaah di dalam surau yang gelap gelita tersebut... Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana memberikan kami kekuatan untuk menyempurnakan kewajipan kami...
Kami sampai di ibupejabat HPA lebih kurang pada pukul 11:30 tgh. Agak kelewatan sedikit dan lari dari jangkaan awal kami. Kami disambut oleh En Fudzail dan dijamukan sarapan pagi.
Oleh kerana masa yang perlu kami kejar sebelum waktu rehat(zohor), tanpa melengahkan masa
kami terus diiring ke kilang pembungkusan herba di Jejawi. Di sana kami diberikan "tour visit"
bagaimana pembungkusan herba dijalankan dan satu taklimat diberikan oleh Pengurus En Zakaria Abu Bakar. ..Alhamdulillah, rasa bangga dihati kami melihat bagaimana sebuah syarikat Bumiputera Muslim boleh mengeluarkan herba-herba yang amat berguna untuk ummmah dengan menggunakan peralatan moden yang agak canggih..
Setelah itu, kami dibawa ke sebuah restoran yang dikenali sebagai Anjung Keli di mana disajikan makanan tengahari yang amat banyak lauk-pauknya.... Ikut feedback rakan-rakan semua, makanannya sedap dan harganyanya pun murah sangat....
InsyaAllah...AyahNik akan sambung lagi...
Tuesday, July 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment