Thursday, December 10, 2009

Keluhan hati untuk Muhasabah Diri : Dec 10, 2009

Kadang-kadang, apa yang kita inginkan tidak tercapai, tetapi Allah telah gantikan dengan yang lain. Sebenarnya, Allah telah mentakdirkan begitu.
Belum masanya impian kita itu tercapai.
Yakinlah, apa yang dikehendakiNya pasti akan terlaksana.
Redha dan Syukurlah dengan apa yang dikurniakanNya.

Keluhan hati untuk Muhasabah Diri : Dec 9, 2009

Bila niat kita nak menghampiri Allah, insyaAllah Allah permudahkan segalanya. Itu baru kita berniat, namun Allah membuka jalan ke arahNya. Apatah lagi bila kita menunaikannya.

`apabla hmbaKu brjln kaarahKu,Aku brlari ka arahnya.....`

sesungguhnya tiada yg lebih mendamaikan jiwa selain dari selalu mengingatiNYA.....

Thursday, October 15, 2009

Mencegah lebih baik dari mengubati

Assalamualaikum wm wbrt.

Syukur kepada Allah kerana masih lagi diberikan nikmat kepada kita semua sehingga hari ini.
Ayahnik excited sikit hari ni sbb 2 orang anak yg duk kat asrama tu nak balik hari ni.
Lepas raya baru ni, baru sekarang ada peluang dia orang balik rumah.
Adik dan Kak chik pun bukan main lagi suka.. Adik dari malam tadi duk tanya..bila Ateh dan
Alang nak balik..ayahNik pun terpaksalah jawab jugak berkali-kali. Kalau tak muncungnya
boleh ikat dengan tali...Itulah karenah anak-anak.
Malam tadi sempat gi beraya kat rumah kawan...masa tu, nak kawal nafsu makan pun susah
sebab semuanya sedap-sedap belaka...Mee bandung, Lontong, nasi kunyit semua rasa...tapi
sikit-sikit. Tak boleh ambik banyak sebab semalam, bila timbang, dah naik 2 kilo...
Kawal, jangan tak kawal...bila dah "boroi" tu, susah nak dapat balik "shape" lama..
Ye lah, apa yang kita makan, kesannya nampak samada luaran atau dalaman.
Jangan pakai sambar je...bila dah datang penyakit tu, susah dia nak pergi...
Beringat-ingat dulu...mencegah lebih baik dari mengubati...
OK..itu saja pesan AyahNik kali ini...Bye...

Tuesday, June 30, 2009

Bahayanya fluorida

Salam....
Kebanyakan ubat gigi di pasaran sekarang mengandungi Fluorida...
Perlu ke Fluorida ni dalam ubat gigi kita?.
Katanya Fluorida ni boleh mengelakkan kaviti pada gigi kita...
Waullahua'lam
Cuma AyahNik nak berkongsi maklumat yang diutarakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia di laman web rasminya : http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/
Bersama ini beberapa bahan bacaan yang AyahNik ambil dari Laman Web tu...

E-codes contains pig fats

(Something to share from our friend)

E100s are generally colours.
E200 to E282 are mainly preservatives and acids.
E300 to E341 are mainly antioxidants and acid regulators.
E400s include emulsifiers, stabilisers, thickeners, anti-caking agents, release agents and bulking agents.

So, I request all MUSLIMS or non pork eaters to check the ingredients of the ITEMS of daily use and match it with the following list of E-CODES.

If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got PIG FAT;

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Courtesy

Dr. M. Amjad Khan (Medical Research Institute United States)

Dr M Liaqat (PhD Food Biochemistry)MA CONSULTING UK

Hadiah Berharga dari Allah - Ayat Kursi

Menurut hadis:-
1. Barangsiapa membaca ayat kursi sambil berbaring ti tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 malaikat utk memeliharanya sehingga subuh, memelihara rumahnya, jiran-jirannya dan segala yang ada disekitarnya.
2. Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir setiap solat fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah sehingga solat yang lain. Allah akan menganugerahkan dia setiap hari orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta rahmat kepadanya dan tidak menegah daripada masuk syurga.
3. Barangsiapa membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, maka Allah utuskan 70,000 malaikat yang memohon keampunan dan doa baginya.
4. Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir solat, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya seperti orang yang berperang bersama-sama nabi Allah sehingga syahid.
5. Barangsiapa membaca ayat kursi dalam kesempitan nescaya Allah berikan pertolongan kepadanya.

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Coretan ini AyahNik petik dari salah seorang blogger yang sudah lama AyahNik ikuti penulisannya.

Pada AyahNik, ianya elok dikongsikan kerana ianya begitu baik dan menjadi muhasabah untuk diri kita semua.....

=================================

Apabila menatap akhbar, sedarlah penulis, Ahad, 21 Jun ini adalah Hari Bapa. Penulis pun membaca beberapa kisah anak dan bapa. Ada sebuah rencana, disertakan gambar seorang bapa dipeluk dua anak gadisnya sekali gus. Kedua-duanya tidak bertudung, berpakaian santai.

Ada rencana pula memberitahu apa hadiah yang boleh diberi kepada si bapa, umpamanya meraikannya dengan majlis makan tengah hari dan menghadiahkannya gajet seperti telefon bimbit, komputer riba dan kamera. Malah ada pihak kreatif mengkomersialkan Hari Bapa menawarkan sandwic dan pelbagai juadah lain di restoran mereka.

Sebuah rencana bermula dengan ayat, 'Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya'. Membaca ungkapan ini, melayanglah ingatan penulis akan tazkirah sebelum Jumaat dan khutbah di masjid ketika solat Jumaat hari ini (19 Jun). Kedua-dua majlis ini memperkatakan perkara yang sama - Hari Bapa - dengan penceramah menekankan akan tanggungjawab bapa kepada anak manakala khatib membawa persoalan solat.

Kata penceramah, anak adalah harta (aset) paling bernilai bagi seorang bapa. Ada sebuah hadis menyebut apabila mati seseorang anak Adam (manusia) maka ada tiga perkara yang masih boleh memberi manfaat kepadanya.

Pertama adalah sedekah jariah; kedua ilmu yang bermanfaat dan ketiga anak soleh yang mendoakan orang tuanya. Penceramah berhujah, adakah anak yang kita kasihi sekarang ini, akan mendatangkan manfaat kepada kita apabila kita berada di alam kubur (barzakh) dan alam seterusnya?

Muhasabah lah diri, apakah benar kita sudah menyediakan anak-anak untuk memikul amanah yang berat itu? Sebagai permulaan, eloklah ditanya soalan ini.

Apakah nanti apabila aku mati, anak-anak itu dapat menguruskan jenazahku iaitu memandi, mengkafan, menyembahyang dan menguburkan diriku? Atau adakah mereka akan duduk jauh-jauh, bersembang-sembang di bawah rimbunan pokok di halaman rumah dan menyerahkan semua urusan menyempurnakan aku kepada tok bilal, pak imam dan sebagainya?

Anak yang dapat menolong kita adalah anak-anak yang soleh. Namun semasa hidup ini adakah kita sudah menyediakan anak-anak kita untuk menjadi orang soleh dan solehah?

Tataplah muka surat akhbar yang mengkisahkan si anak dan bapa; jarang benar ditemui si bapa yang meluahkan kebimbangannya akan perangai si anak; hampir semuanya nampak ceria saja, antara lain menunjukkan si bapa bangga bergambar di sisi si anak yang tidak menutup aurat dengan sempurna, atau si anak menjadi seorang artis berjaya.

Adalah biasa untuk kita temui sebuah keluarga, si bapa berkopiah haji, si ibu bertudung litup tetapi si anak daranya selama saja berjeans ketat dan berbaju pendek. Terlalu biasa melihat remaja bertudung, tetapi mendedahkan lengan dan bentuk badannya dengan pakaian terlalu ketat. Adakah pak haji dan mak aji ini fikir dia saja nak masuk syurga; anak-anak lantak kau oranglah.

Ini antara penampilan luaran, yang dapat disaksikan umum, tetapi bagaimana bab lain seperti penyempurnaan Rukun Islam seperti bab sembahyang? Perkara inilah ditekankan oleh khatib dalam khutbah Jumaatnya.

Sebagai bapa yang diraikan sempena Hari Bapa, apakah sudah dibereskan tugas bapa yang wajib memastikan seluruh ahli keluarganya menunaikan solat? Usahlah ketawa tersengih-sengih bergambar dengan si anak, berbangga sudah membesarkan mereka menjadi penyanyi, pelakon, pramugari, guru, jurutera dan profesion hebat-hebat lain, tetapi persoalan menyempurnakan Rukun Islam seperti solat tidak beres?

Perlu disedari betapa banyak orang sekarang sudah meninggalkan solat lima waktu. Secara automatik anak yang tidak solat terkeluar daripada senarai anak soleh. Jadi apakah yang kita boleh harapkan daripada mereka? Adakah kita bangga jika mereka menitipkan wang RM100 atau RM200 sebulan kepada kita sebagai mengenang jasa kita sebagai seorang ayah sedangkan mereka tidak sembahyang?

Inilah kerunsingan yang perlu kita fikirkan sempena Hari Bapa ini. Runsing akan masa depan anak-anak aku ini, bolehkah mereka menjadi anak soleh yang akan mendoakan aku apabila aku masuk dalam kubur nanti. Bukanlah pada Hari Bapa ini kita kita disibukkan oleh runsing aku nak dapat hadiah apa, aku nak dibawa ke restoran mana atau aku akan dikelilingi anak-anak dara aku sedangkan mereka gemar mendedahkan aurat mereka dan tak sembahyang pun!

Bertanyalah secara jujur, berjayakah atau sudah berusaha keraskah kita mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh? Tentunya, kita akan berasa malu, kita gagal menjadi seorang bapa yang baik, yang mengikuti perintah Allah SWT sepenuhnya. Kepada-Nya kita mohon keampunan, bertaubat bersungguh-sungguh kerana gagal menjadi bapa yang baik sebagai dikehendaki-Nya.

Selain seorang bapa, kita sebenarnya adalah juga seorang anak. Adakah kita seorang anak yang termasuk dalam golongan soleh yang dapat menolong orang tua kita di alam ini atau di alam sana?

Akuilah kita gagal menjadi seorang anak yang baik dan juga seorang bapa yang baik. Kepada-Nya kita mengadu, Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, datuk moyang dan zuriat-zuriat kami dan sekalian Muslimin dan Musliman kerana kegagalan kami menjadi anak dan bapa yang baik sebagaimana kehendak-Mu.

Kerana gagal menjadi bapa dan anak yang baik, apakah kita rela tersengih-sengih menyambut Hari Bapa ciptaan Barat itu, apatah lagi dengan menghadiri majlis yang menambahkan koleksi maksiat dan dosa kita kepada-Nya?

* Artikel lain penulis boleh diakses di Lanh14.blogspot.com _

Thursday, April 23, 2009

BERKELAH - SATU AKTIVITI YANG AMAT BAIK..

Assalamualaikum wm wbrt..

Alhamdulillah, akhir bulan Mac lepas, AyahNik dan keluarga yang ada kat rumah lah (Ummi, Acik dan Adik) berkesempatan berkelah sama dengan rakan-rakan semua kat Air Menderu, Kertih, Kemaman...Sibuk-sibuk kerja seminggu, kena relaxkan minda jugak...
Kami semua pergi sebelah pagi sebab sebelah pagi ni ni tak lah ramai sangat...
Ribuan terima kasihlah buat semua rakan-rakan yang masing-masing bawa bekalan dan kongsi
sama-sama kat sana...Memang best....air terjun yang sejuk, ikan bakar yang fresh...makan dengan ikan singgang..woih...kecur air liuh pulak eh....Pak Din dan Liza memang hebat bab masak-masak ni... Orang lain pun tak kurang hebatnya....Anak-anak pulak...tahu ajalah...bila dah jumpa air...terus lupa bab makan...bila dah lapar...baru naik cari makan...AyahNik pun tak lepas peluang..mandi gak dengan budak-budak tu...Kaum wanita pun, bukan main lagi..sempat pulak buat telematch kat situ....Terima kasihlah pada semua..terutamanya Kak Maimun dan keluarga yang sama-sama datang berkelah ni..., dan pada semua lah yang hadir hari tu..next time kita buat lagi..okay...Sama-sama ini, AyahNik sertakan beberapa keping gambar yang sempat diambil hari tu.... (Kat Slideshow No 1)

Monday, April 13, 2009

Secoret kisah : Maafkan aku ibu!!

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”
Ibuku hanya berdiam diri..
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…
Aku ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.
Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!" KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku.
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…
Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…
Aku tidak menitiskan setitik airmata pun!!
Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.
Kamu mungkin tidak tahu….semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…
…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…"

Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!"

Seandainya air di lautan dijadikan dakwat untuk
menulis jasa ibu, pasti air di lautan habis, namun
masih ada jasa ibu yang belum habis tertulis...
Hargailah jasa ibu...
SAYANGILAH IBUMU!

Wednesday, February 4, 2009

Kewajipan atau pilihan????


Assalamualaikum wm wbrt...Apa khabar semua...?
AyahNik doakan yang terbaik buat semua...
Tiap-tiap hari AyahNik travel lebih kurang 50km dari rumah ke tempat kerja...
Leka sangat bawa kereta sampai AyahNik terlupa atau memang sengaja tak menoleh kiri
kanan...tapi hari ni lain pulak jadinya. Bawa kereta agak perlahan dan sempat pulak tengok kiri kanan. Semasa menunggu satu "trafic light" bertukar menjadi hijau, AyahNik
terpandang satu billboard atau papan iklan kat tepi jalan...satu iklan minuman kopi yang popularlah kat malaysia ni....Tengok punya tengok...maka terpandanglah gambar model yang memperagakan iklan tersebut...Eh rupa-rupanya dia ni...tapi lain sikit dari biasa sebab gambar
kat iklan tu mempamirkan model tersebut bertudung...Manis nampaknya bila bertudung begitu.
Sejuk mata memandang....agaknya bertudung ni menampakkan lagi keayuan seseorang. Waullahuaa'lam...
Tapi kenapa dalam iklan ni aja bertudung....sedangkan seingat AyahNik lah, minggu lepas nampak kat TV tak bertudung pulak....
Hanya sekadar peringatan...bertudung ni kewajipan ke pilihan. Allah perintahkan kita menutup aurat atau Allah bagi pilihan kepada kita... Seingat AyahNik yang masih tak cukup ilmu ni, menutup aurat tu WAJIB....tak boleh pilih nak ke tak nak...Betul kan?
Kalau dah wajib tu, kenalah ikut...mungkin sesetengah orang nampak benda ni kecik tapi dari benda kecik ni lah yang akan membawa mudharat yang lebih besar lagi... Dosa ni dah tak nampak di mata masyarakat...masyarakat dah leka, perkara ni perkara utama yang boleh menjaga kehidupan manusia...Waullahua'lam..

Thursday, January 29, 2009

SETITIK USAHA TANDA PERIHATIN KITA

MENERUSKAN PERJUANGAN DI BUMI PALESTIN...
HANYA SEKADAR SETITIK USAHA PERIHATIN TENTANG NASIB UMAT ISLAM...
TERUSKAN BOIKOT BARANGAN YAHUDI
JENAMA DAN SYARIKAT YANG PERLU DIBOIKOT.....

Coca-Cola,Fanta, Sprite, Sunkist, Danone
Barbie, Carrefour, JC Penney, DKNY, Ralph Lauren, Hugo Boss,
Disney, Estée Lauder Aramis, Clinique, Tommy Hilfiger,
IBM, Intel, Johnson & Johnson

Kimberly-Clark Kleenex, Kotex, Huggies, L'Oreal, Giorgio Armani,
Lancome Paris, Garnier, Biotherm, Maybelline, Ralph Lauren,
Marks & Spencer M&S, St.Michaels, McDonald's, Motorola

Nestle Nescafé, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni,
KitKat, Milkybar, Smarties,

Nokia, Revlon,Sara Lee, Hanes, Ambi Pur, Brylcreem, Siemens
Starbucks, dan lain-lain

Jika anda sayang dan cintakan umat Islam......BOIKOT sekarang...



Barangan makanan popular yang meragukan

Lama suuuuuuuungguh AyahNik tak berceloteh kat sini...
Sibuk tu..memang lah sibuk....kadang-kadang bila nak tulis sikit,
ada aja kerja lain yang nak dibuat...lepas tu lupa pulak...
Kali ni tak ada apa yang nak diperkatakan, cuma nak siar satu perkara
yang AyahNik terima dari rakan-rakan sekolah dulu...
pasal makanan yang tak tentu halal haramnya lah...
Benda ni memang bersepah kat pasaraya dan kadang-kadang kita
ambik mudah aja...

Gambar produk bersama dengan artikel ini adalah meragukan dan dikatakan mengandungi LEMAK BABI. Di maklumkan juga bahawa pihak JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include Canned Meat, Canned Seafood, Canned Fruits etc.