Wednesday, February 4, 2009

Kewajipan atau pilihan????


Assalamualaikum wm wbrt...Apa khabar semua...?
AyahNik doakan yang terbaik buat semua...
Tiap-tiap hari AyahNik travel lebih kurang 50km dari rumah ke tempat kerja...
Leka sangat bawa kereta sampai AyahNik terlupa atau memang sengaja tak menoleh kiri
kanan...tapi hari ni lain pulak jadinya. Bawa kereta agak perlahan dan sempat pulak tengok kiri kanan. Semasa menunggu satu "trafic light" bertukar menjadi hijau, AyahNik
terpandang satu billboard atau papan iklan kat tepi jalan...satu iklan minuman kopi yang popularlah kat malaysia ni....Tengok punya tengok...maka terpandanglah gambar model yang memperagakan iklan tersebut...Eh rupa-rupanya dia ni...tapi lain sikit dari biasa sebab gambar
kat iklan tu mempamirkan model tersebut bertudung...Manis nampaknya bila bertudung begitu.
Sejuk mata memandang....agaknya bertudung ni menampakkan lagi keayuan seseorang. Waullahuaa'lam...
Tapi kenapa dalam iklan ni aja bertudung....sedangkan seingat AyahNik lah, minggu lepas nampak kat TV tak bertudung pulak....
Hanya sekadar peringatan...bertudung ni kewajipan ke pilihan. Allah perintahkan kita menutup aurat atau Allah bagi pilihan kepada kita... Seingat AyahNik yang masih tak cukup ilmu ni, menutup aurat tu WAJIB....tak boleh pilih nak ke tak nak...Betul kan?
Kalau dah wajib tu, kenalah ikut...mungkin sesetengah orang nampak benda ni kecik tapi dari benda kecik ni lah yang akan membawa mudharat yang lebih besar lagi... Dosa ni dah tak nampak di mata masyarakat...masyarakat dah leka, perkara ni perkara utama yang boleh menjaga kehidupan manusia...Waullahua'lam..

1 comment:

Ayah Muda said...

AyahMUda setuju sangat. sikap manusia yang kadang2 alpa pada agama sendiri..anggap mcm agama berada di suatu sudut, kehidupan suatu sudut yang lain padahal semuanya berkaitan..kan