RAHSIA MENGAPA RASULULLAH MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.
Dari segi
kesihatan, air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger.
Sfinger
adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air
kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada
‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri.
Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal
ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah
kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit
tersumbat tadi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Dari Anas r.a. dari Nabi
saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah
berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa
hal itu lebih buruk.”
Pada masa duduk, apa yang
diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan
perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan
jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah
sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi
beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci,
bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia
dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja
keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh
berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang
sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan,
yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat
terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh
dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak
tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan
dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang
dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang
dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar
pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi
secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal
inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung,
sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum
berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan
terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95%
terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman
yang masuk.
Sebagaimana keadaan
keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang
menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan
rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh
kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah
s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti
makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan
(bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,
“Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).
Credit to tulahan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment