Jam 1:20 pagi (17hb Okt 2018)....
Result CT Scan dah ada..
Doktor tunjukkan gambar CT Scan dan maklumkan Pendarahan agak serius...tapi Tidak sampai ke Brain Stem (Pangkal Otak)....
Keputusan perlu di buat secepat mungkin....
Option 1 : Biarkan sahaja begitu......Kemungkinan pendarahan akan merebak ke tempat2 lain dlm otak.
Option 2 : Pembedahan di kepala...stop the bleeding dan vacum darah yang ada ditempat pendarahan.
Risiko Pembedahan : Komplikasi semasa pembedahan @ Komplikasi selepas pembedahan.
Semua anak2 sudah tiba...except Ateh dan Along...
Semua anak2 berkumpul untuk berbincang....Ateh dan Along dihubungi melalui video Call.
Abah maklumkan tentang status Ummi serta option dan risiko yang akan dihadapi.
Abah minta semuanya buat solat Istikharah dan akan berbincang lagi selepas solat Istikharah nanti.
Semuanya ke bilik Solat di tingkat bawah..
Selepas solat istikharah, sekali lagi kami anak beranak berkumpul dan berbincang..
Sebulat suara bersetuju untuk Ummi dibedah..
Walau apa terjadi....kami semua akan MENJAGA UMMI...walau apapun keadaannya..
UNGKAPAN MENYENTUH HATI
....Jika Ummi tak kenal kita nanti...tak apa....kita semua masih kenal UMMI...
Abah maklumkan kepada Doktor bertugas untuk jadualkan pembedahan Ummi secepat mungkin...
Mereka akan maklumkan Hospital Sg Buloh (HSB) dan kemungkinan pembedahan dibuat esok hari...
Kami diminta untuk stand-by sahaja bila-bila masa.
Jam dah 5:30 pagi....
Pak Sham dan Fuad pun ada sekali..
Solat Subuh bersama anak2 dan menunggu keputusan untuk ke HSB.
Jam 9:00 am...Katil ummi ditolak menaiki Ambulan untuk ke HSB.
Abah naik sekali bersama Ummi...
Anak2 dan semua keluarga masing masing bertolak ke HSB.
Jam 10:30am 17/10/2018
Abah dan Azwani di brief oleh Surgeon tentang prosedur yang akan dilakukan...
Tengkorak kepala Ummi akan dibuka 1/3...pendarahan akan dibersihkan atau vacum... urat yang pecah akan dijahit atau diikat...dan InsyaAllah..prosedur memakan masa dalam 3-4 jam..
Risiko yang mungkin ada :
1) Komplikasi Jantung semasa pembedahan.
2) Komplikasi pendarahan lain semasa pembedahan.
3) komplikasi Jangkitan kuman semasa pembedahan
MOHON SEMUANYA DIJAUHKAN ALLAH...AAMIIN
Abah di minta menunggu di ruang menunggu...
Ahli keluarga dan sahabat2 sudah ramai yang datang....
Bonda, Abg Man, YB Ustaz Saiful, Mak Jah Damansara
Betapa tidak keruan hati ini...
KepadaMu Ya Allah...aku serahkan isteriku tercinta..
DitanganMu lah segala-galanya..
Permudahkan lah segalanya..
Kembalikan kesihatan kepadanya..
Aku redha dan terima seadanya...
Aku Sayang Dia...Ya Allah....
Doa dari ahli keluarga semua....
Lebih kurang jam 3:30pm...Abah dipanggil oleh Surgeon...
Pembedahan sudah selesai...agak lama sikit kerana Doktor melakukan prosedur tambahan...
Nanah resdung agak banyak sedikit di bahagian dahi Ummi dan proses bersihkan nanah juga dilakukan....
Alhamdulillah....Doktor maklumkan pembedahan berjaya...Tiada komplikasi...
Cuma disebabkan oleh nanah resdung, doktor terpaksa menambahkn ubat antibiotik..
Team Operasi sedang melakukan pembersihan dan closing (jahitan semula) dan diminta bersedia untuk dibawa Ummi semula ke HSA...
ICU HSB penuh...terpaksa hantar semula ke ICU HSA..
ALHAMDULILLAH....YA ALLAH....SYUKUR KPD MU...YA ALLAH..
Jam 6:00pm...Ummi sampai di HSA dan ditempatkan kat ICU Tingkat 5..
Lawatan belum dibenarkan...
Abah dan anak2 tunggu dibilik waris di luar bilik ICU..
Malam ini....abah dan Alang tunggu di bilik waris kat ICU...tidur di hospital...
Anak2 lain tidur dan rehat di rumah Fuad..
Alhamdulillah....malam ini dibuat solat Hajat dan Bacaan Yasin di Surau Ittifaqiyyah, di Surau Mustaqim, di rumah Jalan Pawang dan semua ahli keluarga...
Sahabat-sahabat termasuk dalam HPA, Ustaz-Ustaz, tahfiz di maklumkan untuk melakukan yang sama....INSYAALLAH...
“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan dari segala manusia di muka bumi, berikanlah kesembuhan kepada Kak Teh Fauziah bt Musa , angkatlah penyakit dia, dan jadikanlah penyakit yang dia deritai sebagai pelebur dosa. Hanya kepadamu lah kami meminta kesembuhan, kesembuhan yang tak ada kambuh lagi."
Amin Ya Robbal'alamin.
No comments:
Post a Comment