Thursday, November 27, 2008

Kunjungan Istimewa

Assalamualaikum wm wbrt,

Sabtu lepas, AyahNik sekeluarga di kunjungi oleh anak saudara yang dah lama tak sampai kat Paka ni...Yang nak jadi Lawyer tu lah...sapa lagi kalau tak Salimah anak Hj Sulong tu...
Kali ni bawak kawan...3 orang semuanya...Sampai elok-elok waktu Maghrib...
Nak sampai kat umah, sesat gak katanya...ye lah dah lama tak sampai kat Paka...
AyahNik dan isteri pula baru balik dari program 2 hari kat Rumbia Paka...
biasalah..tak sempat nak masak...alih-alih beli Nasi goreng aja untuk dia orang.
Alhamdulillah..sampai juga Imah kat umah AyahNik nih... Walaupun sekejap, ianya amat bermakna untuk menyambung silaturrahim antara kita...Alhamdulillah..
Dah siap-siap solat Maghrib dan Isya, mereka pun menyambung perjalanan untuk balik ke Losong.

Dalam menjalankan hidup seharian ni, kadang-kadang kita mencuri-curi masa kunjung mengunjung. Dalam dunia yang penuh kesibukan ini, memang jarang kita dapat bertemu...sebab tu lah kadang-kadang ukhuwah antara kita semakin jauh...Itulah sebabnya, kadang-kadang majlis kenduri kendara menjadi medan untuk memperbaharui dan memperkukuhkan silaturrahim kita...Buat Imah, AyahNik sekeluarga amat berterima kasih dan berbesar hati atas kunjungan Imah...Paling tidak pun, sepupu-sepupu yang ada kat rumah hari tu (Farah, Farihin, Faruq, Faris dan Farid) boleh memperbaharui lagi perkenalan kalian....Selama ni, hanya Kak Ida aje yang dia orang ingat sangat sebab Kak Ida duduk rumah AyahNik dulu... Bersama ni AyahNik post kan gambar yang Imah ambik malam tu.... Jemputlah datang lagi..OK

Sunday, November 23, 2008

Doa Memulakan sebarang Pekerjaan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

Ya Allah, aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu, Engkaulah yang Maha berkuasa menentukannya.

Ya Allah, aku mulai kerja ku dan aku bertawakkal kepadaMu. Aku berlindung dengan Mu dari perasaan keluh kesah dan dukacita, dan Aku berlindung dengan Mu dari sikap lemah dan kemalasan, dan aku berlindung dengan Mu dari sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung dengan Mu dari tekanan hutang dan kezaliman manusia.

Ya Allah, tidak ada yang mudah kecuali sesuatu yang engkau jadikan mudah. Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah segala pekerjaan dan urusan ku dan Janganlah jadikan ada perasaan dengki didalam hati ku terhadap orang-orang yang beriman.

Wahai Tuhan Maha Agong dan Maha Mulia....Amin

Berita luar (Siapakah Barrack Obama)

DIPETIK DARI LAMAN WEB PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

SIAPAKAH BARRACK OBAMA ??? (Renung-renungkan lah...)

Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel?

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

(Gambar: Obama sedang melakukan ritual Yahudi). Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007.

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?


(Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden). Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008.

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.
Renung-renungkan dan Berhati-hatilah kita

Thursday, November 6, 2008

Anugerah dari Allah tidak pernah habis...

Assalamualaikum wm wbrt...

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah.
Semalam AyahNik dikurniakan beberapa berita gembira...
Ateh sudahpun tamat hafalan surah ke 4...InsyaAllah kuatkan usaha lagi semuga cepat-cepat sikit tamat hafalan sebuah AlQuran.
Kak Chik pulak...bawa balik buku rekod pelajaran....Alhamdulillah..dapat nombor 2 dalam kelas dan dapat naik satu kelas untuk tahun depan..Tahniah..
Adik pulak...dapat nombor 6 (Ok lah tu...Tadika lagi....)
Malam tadi, Alang telefon...Alang pulak terpilih untuk mewakili negeri Terengganu ke acara Olimpiad Matematik peringkat kebangsaan di UiTM Shah Alam 1 hb Disember nanti...Tahniah.
Angah telepon jugak malam tadi...baru habis exam SMU...minggu depan, mula exam akhir tahun.
Abah dan Ummi doakan yang terbaik untuk semua...
Anugerah dari Allah tidak pernah habis tapi kadang-kadang kita ni yang lupa nak ucapkan terima kasih dan syukur kepadaNya...

Berkongsi Maklumat : Cara melakukan Solat Dhuha

Salah Satu Cara Melakukan Solat Dhuha (2 Rakaat):

Solat ini adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya

Waktu : Pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan hinggalah matahari berada tepat ditengah-tengah langit . Waktu yang paling utama ialah apabila cuaca sudah mulai panas.

Niat : " Aku solat sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala".

1) Mengangkat takbiratul ihram dan berniat.
2) Rakaat Pertama : Baca Surah Al Fatihah dan satu Surah lain
3) Rakaat Kedua : Baca Surah Al Fatihah dan satu Surah lain

(Seelok-elok surah lain itu samada 'WA AL-SYAMSI WA DHUHA' atau 'WA AL-DHUHA )

4) Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah zikir 'YA WAHHAB '(Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.

5) Setelah beri salam bacalah zikir "YA BASITH" (Maha Melapangkan hidup) sebanyak 10 kali.

6) Kalau boleh, baca pula ayat seribu dinar 3 kali.

7) Bacalah doa solat Dhuha iaitu:

"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah, jika rezekiku sukar, mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu." Amin

Monday, September 22, 2008

Anugerah Allah yang Kita tak tahu...


Assalamualaikum wm wbrt...
Nak tanya sikit...ada sesiapa biasa dengar KOPI RADIX....?
Kalau tak biasa, pernah dengar "MAI SECAWAN.."?
Kalau biasa tengok TV3 tu...mesti biasa dengar ayat ni dalam loghat Mat Salleh tu...
Itulah KOPI RADIX....Salah satu produk HPA yang amat glamour sekarang ni...
Bukan glamour aja tapi memang banyak khasiatnya....
Kali ni AyahNik nak cerita sikit pasal khasiat KOPI RADIX ni....
Ianya mengandungi 7 herba terpilih....Akar Tongkat Ali, Teja Lawang, Akar Mata Pelanduk, Akar Mengkudu Hutan, Akar Tebu Gajah, Akar Halban Hitam dan Akar Larak Hutan.....
Kali ni nak cerita secara am khasiat herba ni....Tongkat Ali : afrodisiak (menambah tenaga kelelakian, melambatkan menopouse untuk wanita dan sumber kalsium organik untuk tulang
Teja lawang : karminatif (membuang angin dalam badan iaitu angin segah, angin sendi dan angin darah)
Mata pelanduk : diuretik (melancarkan urin, merawat sakit sendi dan ghout)
Mengkudu hutan : laxatif (baik untuk sistem penghadaman, mencegah kanser usus dan menghilangkan asma
Tebu gajah : antidot (membuang keracunan, baik untuk pesakit kencing manis)
Halban hitam : imuniti (baik untuk sistem pertahanan badan dan menguatkan otot tubuh)
Larak hutan : kardiotonik ( sebagai penambah tenaga terutama untuk ibu-ibu lepas bersalin dan herba untuk awet muda)

Ujian Dari Allah


Kita sebagai manusia memang tak akan lari dari ujian Allah...
Hari minggu yang lepas, AyahNik diamanahkan untuk menjadi MC dalam satu program "peluang perniagaan" di Rumbia Resort, Paka. Program ini bukan hanya sekadar "talk" berkenaan dengan peluang perniagaan tu saja tapi sebenarnya lebih dari itu. Dalam program 2 hari 1 malam ni, peserta didedahkan dengan realiti sebenar kita sebagai pengguna Islam di dunia ini. Ada kuliah subuh, baca Mathurat, perbincangan, tadarus Quran ada qiamullail lagi....Alhamdulillah, terisi juga satu malam di bulan Ramadhan ni dengan amalan sebegitu...
Yang AyahNik respek tu....walaupun dalam bulan puasa, seramai 48 orang peserta yang menghadirinya....dengan qiamullail start pukul 3:00 hingga sahur...Lepas sahur, ada pulak kuliah subuh dan mathurat..kemudian sambung lagi dengan perbincangan....Huih...marathon .... tapi rata-rata peserta menunjukkan komitmen yang bagus....
AyahNik tertarik dengan satu topik tu...berkenaan dengan cabaran umat Islam sekarang..
Macam yang AyahNik certa dari awal lagi...ujian tetap Allah akan turunkan untuk menguji samada kita sebagai hambanya benar-benar taat kepada nya....Nak sentuh satu aja...bab haiwan ni....maaf ya kena sebut jugak....BABI atau KHINZIR....Allah jadikan binatang ni agak sempurna sekali...maksud AyahNik, haiwan ni boleh hidup walaupun tempat tinggalnya memang teruk dan setiap bahagian dalam binatang ni amat baik digunakan untuk kegunaan tertentu terutamanya dalam penyediaan makanan seperti roti, kek, sosej, ais krim, jus dan sebagainya..
Cuba tengok gambar yang AyahNik sertakan ini....
Boleh nampak bezanya kalau roti yang dibuat tanpa lemaknya dengan roti yang diletakkan lemaknya....Walaubagaimanapun, bagi yang taat kepada Allah, dah tahu benda tu HARAM, maka mereka akan tinggalkan walaupun tak dapat roti yang lembut dan tahan lama... Ini lah yang dikatakan " Aku dengar dan aku taat". Kalau bab makanan ni, dulu memang kita tak ada pilihan tapi sebenarnya sekarang ni dah banyak pilihan yang boleh kita buat...tepuk dada tanya iman kita...contohnya....Ubat gigi 100% halal dah ada...kenapa nak ambil lagi ubat gigi yang tak tahu samada halal atau haram. InsyaAllah sekarang ni AyahNik sekeluarga seboleh mungkin guna barang-barang dari HPA untuk kegunaan kami seharian...Masa mula mula nak guna dulu pun, susah juga nak percaya sebab sekarang ni, banyak yang kata halal tapi bahan mentahnya entah dari mana, kilang pembuatannya entah dari mana...alih-alih rupanya packaging aja yang dia orang buat...lepas tu "claim" halal...AyahNik pun ambik cuti 2 hari...pergi melawat kilang pembuatan barangan HPA di Perlis, Kedah dan lain-lain...Alhamdulillah, AyahNik tengok sendiri dan AyahNik rasa puas hati betul....Sekarang ni AyahNik dah buat satu program kat rumah yang dipanggil "PEMBERSIHAN DAPUR DARI YANG SYUBHAH"....Seboleh mungkin AyahNik nak tukar semua yang syubhah tu kepada yang 100% halal....AyahNik nak kongsi cerita ni dengan semua umat Islam sebab rasanya menjadi fardu kifayah bagi AyahNik untuk mengajak semua menggunakan barangan halal ni..Bagi yang nak tahu lebih, layarilah www.hpa.com.my atau email kat AyahNik pauzii@yahoo.com.

Tuesday, September 9, 2008

Kisah Adik & Kak Cik


Assalamualaikum wmw wbrt

Hari ni AyahNik nak cerita perihal anak-anak yang ada kat rumah ni...
Bulan Ramadhan kali ni, AyahNik berpuasa kat rumah bertiga sahaja
iaitu AyahNik, Ummi dan Kak Cik saja..Adik belum puasa lagi tapi
biasalah...macam orang berpuasa jugak...makan pagi aje... makan
tengahari memang tak mahu....alih-alih makan Cocoa Crunch aje
dengan susu coklat... Empat orang anak lelaki semuanya puasa
kat asrama...tinggallah kami berempat aja kat rumah...
Bila time hujung minggu...barulah ada anak-anak lelaki yang lain
tapi yang dekat aje...Along memang tak leh balik lagi...jauh nun
kat Penang....Minggu lepas, Alang dengan Ateh balik... minggu ni
mungkin Angah pulak kot...
Time sahur pulak, AyahNik memang tak makan banyak...cukup
3 biji kurma dan air kopi Radix aje...kadang-kadang tu Air je
secawan....sejak umur meningkat ni, selera waktu sahur kurang
sikit...Lainlah masa zaman muda dulu...makan sahur...macam
makan berbuka...Apa-apa pun Alhamdulillah...rezeki Allah bagi..
Petang semalam, masa nak gi solat terawih, tengok adik macam
lali nak tidur aje..maklumlah tak tidur tengah hari...Tapi gi jugak
ke surau solat terawih...Alih-alih kat surau, dia jumpa kawan rapat
kat taska...bukan main lagi...terlompat kat sana, terlompat kat sini..
dah tak ngantuk lagi...Berpeluh sakan....Bila balik kat rumah, kena
tukar pulak baju dan seluar....Pagi tadi, baju pun tah kemana..
tinggalseluar aje....
Gitulah anak-anak kan....bahagianya mereka jika sihat
badan, mental dan rohani....Tak ada apa yang nak dirisaukan...
Alhamdulillah....syukur kepada Ilahi kerana mengurniakan badan,
mental dan rohani yang sihat ni...Semuga Allah sentiasa melindungi
kita dari segala malapetaka serta bala kejahatan di dunia dan
di akhirat.....Amin...
Kak Cik pulak, hari ni dah mula ujian OTInya...3 paper hari ni...
InsyaAllah, Abah doakan yang terbaik buat Kak Chik...
Amin...

Monday, September 8, 2008

Selepas seminggu berpuasa

Assalamualaikum wm wbrt,

Hari ni masuk minggu kedua kita berpuasa kan..
AyahNik suka mengimbau kembali semasa hari pertama
kita nak puasa. Malam tu, malam pertama solat terawih
akan dibuat...AyahNik lewat sikit pergi surau sebab tunggu
Kak Cik dan Adik mandi...sebab kali ni semua nak ikut gi
surau... Bila sampai kat surau...alhamdulillah ramainya yang
datang berjemaah...AyahNik terpaksa duduk kat luar sebab
depan dah penuh sesak...Padan muka..lewat sangat datang...
Syukur pada Allah...dapat jugak solat berjemaah...
Sukanya tengok ramai ahli jemaah di surau malam tu...
Tapi malam tadi...agak sedih gak sebab dah nampak
ruang-ruang kosong dalam surau tu......apatah lagi
bila dah habis rakaat yang ke lapan...
Bersangka baik...mungkin ada yang outstation kot, atau
berjemaah kat surau/masjid lain atau lain-lain sebab lah...
Doa AyahNik semuga Allah menetapkan hati AyahNik
sekeluarga agar dapat mencukupkan solat Terawih sebulan
penuh tahun ni....Amin.

Sunday, September 7, 2008

Hari Ketujuh Ramadhan

Assalamualaikum wm wbrt,

Hari ni dah masuk hari ke 7 kita semua menunaikan fardhu puasa Ramadhan kita.
Pejam-celik pejam celik...dah seminggu...Begitu cepat masa berlalu.
Masih banyak lagi rasanya yang nak dibuat di bulan yang mulia ini...
Sejak hari Khamis lepad, Alang dan Ateh balik dari asrama. Kata mereka, nak rasa
berbuka kat rumah pulak...Bukannya banyak lauk atau juadah tapi gembira dan
berselera bila berbuka bersama-sama....Alhamdulillah..
Semalam AyahNik sempat berbuka secara jemaah di satu majlis bersama rakan-rakan..
Bukannya sembelih lembu atau juadah yang mewah-mewah...
Setiap orang membawa satu juadah lengkap (nasi, lauk dan kuih) untuk dikongsikan
bersama-sama dalam majlis tu...Apa orang kata...style potluck...
Alhamdulilllah...rezeki yang berkat...tak kira sikit atau banyak...cukup untuk semua...
Boleh buat balik lagi tu...
Gitulah....dibulan yang mulia ini, nasihat AyahNik untuk diri sendiri dan rakan-rakan,
kumpullah pahala serta ganjaran yang sebanyak-banyaknya dibulan ini...
Rahmat dan berkat yang Allah bagi amat banyak sekali..cuma tunggu kita petik aja...
Sekian dulu...Wallahu a'lam.

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Ulangtahun ke 44

Assalamualaikum wm wbrt

Lama AyahNik tak menulis...almost 3 minggu...
Biasalah...agak sibuk...bukan tak ada yang nak ditulis..
Baru-baru ni cuti sekolah, bawa anak-anak gi Penang melawat Along.
Bawalah dia orang semua naik feri..Nantilah AyahNik post kan gambar-gambarnya...
Sambil tu, cari peluang perniagaan kat sana...
Pejam-celik-pejam celik....dah puasa kita ya...
Hari ni dah masuk hari kedua...
Sebenarnya, semalam 1 Ramadhan (1 Sept 2008)...genaplah usia AyahNik 44 tahun.
Pagi-pagi AyahNik dah terima sms dari kawan yang masih ingat...Dandan, Azizah dan lain-lain.
Masa bangun sahur tu, biasalah Ummi pun ucapkan selamat ulangtahun..
Anak-anak pulak...sehari sebelum tu pun dah ucapkan selamat ulang tahun...
Alhamdulillah...Allah masih bagi kesempatan kepada AyahNik untuk menikmati anugerah
yang dikurniakan ini...Syukur atas segalanya....
AyahNik pun nak ucapkan selamat Hari Lahir untuk Pok Syukri..Kita kongsi hari lahir kan...

Di kesempatan ini AyahNik dan keluarga ingin menyampaikan ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Semoga Ramadhan tahun ini menjadi penebus dosa kita bersama. Yakinlah dengan keberkatan Ramadhan dan pertolongan dari Allah dari jalan yang tidak diduga-duga.

Semoga Ramadhan kali ini membuka pintu buat kita semua agar dapat membantu mempertahankan ummah Islam di mukabumi ini.
InsyaAllah.

Sunday, August 10, 2008

Hidup ini Anugerah Allah

Cerita ini dipanjangkan dari email seorang rakan kepada AyahNik.
Rasanya, amat baik sekali untuk dikongsi...

Ada seorang gadis buta yang membenci dirinya sendiri kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya. Kekasihnya selalu ada di sisinya untuk menemani dan menghiburkannya. Dia mengatakan akan menikah dengan kekasihnya hanya jika dia boleh melihat dunia. Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepadanya sehingga dia dapat melihat semua benda, termasuk kekasihnya.

Kekasihnya bertanya,
"Sekarang kamu dapat melihat dunia. Apakah kamu mau menikah denganku?"

Gadis itu tergamam semasa melihat bahawa kekasihnya juga buta. Dia menolak untuk menikah dengannya. Kekasihnya pergi dengan air mata mengalir dan kemudian menulis sepucuk surat singkat kepada gadis itu,

"Sayangku, tolong jaga baik-baik mata saya."

Kisah di atas memperlihatkan bagaimana fikiran manusia berubah apabila status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih kerana telah bersama dan menumpangkannya terutama di masa yang paling menyakitkan. Hidup adalah anugerah.

Nikmat yang dikecapi

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Begitulah bait-bait rangkap lagu nasyid dari Nazrey Johani Raihan yang AyahNik dengar pagi tadi..
Senikatanya sungguh menusuk hati...Ya Allah..maafkan aku kiranya nikmatMu yang kau beri, jarang sekali aku mensyukuri...

Alhamdulillah...Hari Sabtu semalam, AyahNik bersama isteri dan 2 orang anak yang kat rumah tu...(Farahin dan Farihin) berkesempatan menjenguk Alang dan Ateh kat asrama... Terubat rindu kami walaupun jumpa sekejap sebab minggu ni dia orang tak dapat balik ke rumah..
Mula-mula tu pergi kat Ateh tapi jenuh mencarinya kat setiap dorm kat Imtiaz tu, tapi tak jumpa...last-last, tinggalkan aja buah tangan yang dibawa dan pesan pada rakan se asramanya..Lepas tu, terus pergi jumpa Alang kat SMKAKA...Sampai aja, jumpa rakan lama Madam Pah dan suaminya Long kat situ...lama tak jumpa...Alhamdulillah, mereka sihat dan masih kenal dengan AyahNik ni... Sembang jugak lah...
Kami makan nasi bersama Alang kat situ....berselera jugak Alang makan nasi walaupun dah makan tengahari...InsyaAllah, Alang akan menghadapi peperiksaan percubaan PMR bermula hari ni..InsyaAllah Abah dan Ummi doakan Alang dapat lakukan yang terbaik dan doa kepada Allah jangan dilupakan...seperti yang selalu Abah ingat kan...untuk berjaya di dunia dan di Akhirat, setiap dari kita perlu ada DUIT....Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal.
Kami bertolak balik lebih kurang pukul 5:30pm...Rasa tak lengkap sebab tak jumpa Ateh tadi... Kami pun singgah semula kat IMTIAZ...Alhamdulillah, kali ni dapat jumpa Ateh....Ateh agak tak sihat...demam...dah makan ubat...InsyaAllah akan sembohlah tu... Sekejap aja jumpa Ateh... lepaskan rindu terutama Adik yang nak sangat jumpa dengan Ateh...

Hari ni, Kak Cik pergi sekolah tapi Adik tak sekolah sebab semalam sekolahnya ada program sukan...Tapi Adik mandi awal hari ni sebab nak ikut ummi pergi mengaji dan kedai... Bagus tu dik...Esok mandi awal jugak okay sebab nak kena pergi sekolah...

Alhamdulillah...Sesungguhnya Allah telah memberikan kelapangan masa dan peluang untuk kami manafaatkan bersama dengan keluarga dan semuga perbuatan kami ini akan dikira sebagai ibadah kepada nya...

Itu aja coretan kali ini....Jumpa lagi next time...

Sunday, August 3, 2008

Wahai anak-anak ku..

Wahai anak-anak ku...

Hari ini abah merasa sungguh rindu kan anak-anak sekelian...Dari pagi, abah terbayangkan wajah anak-anak seorang demi seorang...Apa khabar Along kat utara...Apa khabar Angah kat Kuala Terengganu....Apa khabar Alang dan Ateh kat Dungun....Abah doakan agar anak-anak yang duduk kat asrama tu agar sihat dan di dalam lindungan Allah selalu hendaknya....Jangan lengahkan solat, jangan lupa baca AlQuran dan ...zikirlah selalu...semuanya adalah untuk menjaga diri kita di dalam suasana dunia yang penuh dengan cobaan ini....Pagi tadi, Achik dan Adik bangun awal sikit nak ke sekolah...mungkin agaknya dah banyak rehat pada hari Jumaat dan Sabtu tu... Alhamdulillah...Abah dan Ummi bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang sempurna, baik dan taat kepada ibubapa...Sebenarnya, abah akui tak banyak masalah yang kami hadapi semasa membesarkan anak-anak semua...Semuga Allah tidak memberikan dugaan yang berat yang tak mampu kami hadapi dalam membesarkan anak-anak semua...
Sebenarnya, jagaan abah dan ummi tidaklah lengkap sangat...Ada masanya kami gunakan kelembutan dan ada masanya kami agak kasar sedikit....Maafkanlah Abah sekiranya berlaku kekasaran dalam masa kami membesarkan anak-anak sekelian...Sesungguhnya apa yang kami lakukan hanyalah untuk memastikan anak-anak membesar dalam keadaan yang terjamin... Sekiranya semasa tempoh jagaan kami itu terdapat kecederaan atau kekasaran yang menyebabkan kesakitan pada anak-anak...maafkan lah Abah dan Ummi...
Doa kami semuga anak-anak semua memahami keadaan ini dan semuga anak-anak semua membesar dalam rahmat dan lindungan Allah selalu hendaknya...
Wassalam

Carilah yang halal

Assalamualaikum wm wbrt,

Dah lama AyahNik tak berceloteh kat laman blog ni. Agak sibuk sedikit. Kali ini, macam biasa AyahNik akan tetap ingin berkongsi maklumat tentang pentingnya kita mencari yang halal...

Seperti yang AyahNik dengarlah dari kuliah-kuliah kat surau/masjid,

PESAN IMAM ALGHAZALI...
“JIKA KITA INGIN ANAK KITA MENJADI SOLEH, BIJAKSANA DAN BERGUNA, BERIKANLAH IA MAKANAN DARIPADA REZEKI YANG HALAL SEJAK IA LAHIR. MAKANAN YANG HALAL SELAIN MENJADIKAN ANAK KITA BERGUNA, BOLEH MENJADIKAN MENTAL MEREKA PINTAR DAN CERDAS.
SEBALIKNYA ANAK AKAN MENJADI DERHAKA TERHADAP KITA JIKA IA DIBERIKAN MAKANAN YANG HARAM DAN KOTOR.”


DARIPADA HADIS RIWAYAT MUSLIM DAN AT TIRMIDZI, RASULULLAH ADA BERCERITA MENGENAI SESEORANG YANG DALAM KESUSAHAN, KERUNSINGAN DAN BERPAKAIAN COMPANG-CAMPING MENADAH TANGAN SAMBIL BERSERU, “YA RABBI, YA ALLAH, YA TUHANKU.... SEDANGKAN DIA MAKAN, MINUM DAN MEMAKAI PAKAIAN DARIPADA HASIL YANG HARAM DAN TIDAK HALAL. MAKA MUSTAHIL DOANYA DITERIMA ALLAH S.W.T.

Sebut bab halal-haram ni, jangan kita lupa...halal tu hendaklah dari segi fizikalnya dan juga dari segi logikalnya...
Fizikalnya... tentulah yang kita tahulah...yang diharamkan seperti arak, babi, anjing, tak disembelih dengan sempurna dan sebagainya...
Dari segi logikal pula, hendaklah rezeki yang halal dari mata pendapatan yang halal...

Sekian...semuga menjadi peringatan buat AyahNik dan juga pembaca semua...

Wednesday, July 30, 2008

Lawatan Ke Utara - No 2


Assalamualaikum wm wbrt

InsyaAllah, AyahNik nak sambung balik cerita pasal lawatan tersebut..
Lepas makan tengahari, kami berhenti di sebuah masjid yang besar di Padang Besar, Perlis untuk membersihkan diri masing-masing dan solat di situ... Sebelah petangnya, kami berpeluang melawat kilang pembungkusan Kopi Radix di Kompleks SME Bank dan diberikan penerangan oleh Pengurus di situ...
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Petani menyusuri "highway" melalui Changlun, Jitra dan lain-lain...Alhamdulillah, kami sampai di Sungai Petani melalui exit Sungai Petani Utara dan terus menuju ke tempat penginapan HPA Homestay di Bandar Laguna Merbuk.
Bagi mengejar program pukul 9:00pm iaitu Pengisian Skil Perawatan Tapak Tangan oleh Pn Sharifah (Kak Pah) di Cawangan HPA Sungai Petani, kami tak sempat mandi dan akan bersolat Jama' Taakhir di sana...
Kak Pah tak dapat menhadirkan diri atas uzur yang tidak dapat dielakkan... Walaubagaimanapun, alhamdulillah slot tersebut diganti oleh Kak Jamaliah yang tak kurang hebatnya... Banyak ilmu yang kami dapat dari penerangan dan soal-jawab yang dijalankan..
Program habis pukul 11:00 pm dan kami ke Restoran untuk makan malam...
Lepas tu, kami terus ke penginapan untuk bermalam...
Esoknya, solat subuh berjemaah diadakan di Masjid Laguna Merbok dan pukul 8:00am, kami bersarapan di sebuah kedai makan di Laguna Merbok. Pukul 9:00 am, kami terus ke Pejabat Cawangan HPA Sungai Petani, HPA Collection dan HPA Jawi Shop... Hai..banyaknya shopping terutamanya Abg Ghani kita tu.....Lebih kurang pukul 11:00 am, kami bertolak ke Kilang Kosmetik Muslimah dan diberikan penerangan ringkas oleh Pengarah Urusannya, Pn Famiza tentang produk dan cara pembungkusannya... Lepas tu, kami ke kilang Radix Cola yang berdekatan dan melihat bagaimana minuman tersebut dibotolkan.

Selepas itu, kami diberikan aktiviti bebas di kawasan Legenda Height di mana kami menziarahi Stokis Daerah Ust Zahir, makan di RFC, shopping di Village Mall, melihat pembinaan Hotel AlZahraa.... Hai...tak cukup duit nampaknya...tapi tak apa sebab Bank Islam dan Bank Maybank ada berdekatan di situ...Kami dijamukan dengan RFC yang di"sponsor" oleh Ust Zahir... terima kasih dan alhamdulillah...semuga Allah murahkan rezeki Ustaz...
Tepat 2:15pm, kami menaiki bas semula ke Pejabat Cawangan HPA Sg Petani untuk solat dan mendengar pengisian oleh Ust Zahir...Banyak yang kami dapat terutamanya motivasi bagaimana nak jadi usahawan yang cemerlang dan sebagainya......Selepas tu, alhamdulillah, Allah memberikan keizinan kepada kami semua untuk mendengar pengisian yang diberikan oleh Kak Pah...Kak Pah dengan bersungguh-sungguhnya berkongsi maklumat dengan kami tentang perawatan dan lain-lain walaupun terlampau sibuk dengan program yang lain.... Terima kasih banyak Kak Pah....
Seterusnya kami kembali semula ke RFC untuk mengambil pesanan RFC yang kami pesan melalui En Mahadi dari pagi tadi..
Seterusnya, tepat pukul 7:20pm, kami bertolak pulang ke Timur melalui Grik. Kami berhenti solat di Masjid Kuala Ketil dan bas pun menyusuri Lebuh Raya dengan beberapa henti untuk shopping kat Bukit Bunga, solat di Marang, sarapan di Rantau Abang dan lain-lain sehinggalah kami sampai dengan selamat di Paka pada pukul 9:00 am...
Alhamdulilllah...rasanya banyak juga yang kami dapat hasil dari lawatan 3 hari 2 malam ini...
InsyaAllah, ada yang melahirkan azam untuk pergi lagi di lain-lain masa...
Semuga lawatan ini memberikan semangat kepada kami untuk memperjuangkan matlamat membawa semua ummat Islam terutama di Paka ini supaya menghargai dan menyedari tugas dan tanggungjawab kita agar segala yang kita lakukan termasuk makanan yang kita makan adalah benar-benar halal kerana "Bahagia Jasmani, Bahagia Rohani, Bahagialah hidup ini". InsyaAllah...

Tuesday, July 29, 2008

Lawatan ke Utara - No 1

28hb July,

Alhamdulillah, AyahNik berpeluang menyertai satu rombongan yang dianjurkan oleh Pemimpin Usahawan HPA Dungun/Kemaman ke Utara Malaysia iaitu ke Arau, Perlis dan Sungai Petani,Kedah. Kami bertolak dari Kemaman lebih kurang pukul 10pm. Macam biasalah, bila bas berjalan lebih kurang 15 minit, AyahNik pun terus terlena...bukan apa, memang AyahNik ni jenis orang yang cepat lelap bila naik bas...
Sedar tak sedar, AyahNik terjaga bila menyedari pemandu bas memperlahankan bas dan berhenti di satu tempat yang AyahNik tak tahu di mana. Penumpang pun masing-masing turun dari bas. AyahNik pun ikut sekali. Bila dah turun, rupa-rupanya bas berhenti di sebuah surau untuk membolehkan kami menunaikan solat subuh... Kami berhenti di satu perhentian yang biasa ramai pemandu yang berhenti iaitu di puncak yang paling tinggi di atas bukit sebelum sampai Grik.
Terdapat beberapa lori lain yang juga berhenti di situ. Yang peliknya, tempat tu gelap gulita.Tiada lampu elektrik yang menyala. Pemandu bas terpaksa menyalakan lampu bas agar kami dapat menggunakan tandas dan surau di situ..(Alhamdulillah...terima kasih kepada Pak Cik Driver bas) AyahNik pun memasuki tandas dan membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh di situ. Apabila membuka paip air untuk mengambil wudhu'...MasyaAllah...sejuknya.. macam air yang baru keluar dari peti ais...sejuknya sampai terus ke tulang...
AyahNik pun ambil wudhu'dengan cara ambil yang wajib aje... Tak sanggup nak buat 3X sebab sejuknya hanya Allah yang tahu... Kami solat berjemaah di dalam surau yang gelap gelita tersebut... Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana memberikan kami kekuatan untuk menyempurnakan kewajipan kami...

Kami sampai di ibupejabat HPA lebih kurang pada pukul 11:30 tgh. Agak kelewatan sedikit dan lari dari jangkaan awal kami. Kami disambut oleh En Fudzail dan dijamukan sarapan pagi.
Oleh kerana masa yang perlu kami kejar sebelum waktu rehat(zohor), tanpa melengahkan masa
kami terus diiring ke kilang pembungkusan herba di Jejawi. Di sana kami diberikan "tour visit"
bagaimana pembungkusan herba dijalankan dan satu taklimat diberikan oleh Pengurus En Zakaria Abu Bakar. ..Alhamdulillah, rasa bangga dihati kami melihat bagaimana sebuah syarikat Bumiputera Muslim boleh mengeluarkan herba-herba yang amat berguna untuk ummmah dengan menggunakan peralatan moden yang agak canggih..

Setelah itu, kami dibawa ke sebuah restoran yang dikenali sebagai Anjung Keli di mana disajikan makanan tengahari yang amat banyak lauk-pauknya.... Ikut feedback rakan-rakan semua, makanannya sedap dan harganyanya pun murah sangat....

InsyaAllah...AyahNik akan sambung lagi...

Thursday, July 24, 2008

Sempurnakah hidup kita..?

Assalamualaikum wm wbrt

AyahNik minta maaf sebab dah masuk 3 hari AyahNik tak berkesempatan mencoret catatan di blog ini. Bukan apa, AyahNik sibuk sikit sebab ada beberapa meeting penting yang perlu dihadiri.
Terutamanya dalam membincangkan halatuju syarikat sekarang...
Cuma petang semalam, AyahNik berkesempatan membelek satu majalah yang dihadiahkan oleh seorang rakan. AyahNik termangu sejenak apabila melihat satu gambar di muka belakang majalah tersebut. Tiba-tiba beberapa titis airmata mengalir di pipi AyahNik (Emosilah pulak nih...). Gambar seorang anak kecil memakai baju sekolah "berjalan" di atas jalanraya menuju ke sekolah. Berjalan di sini bukan menggunakan kaki seperti kita tetapi menggunakan dua belah tangan yang dipakaikan selipar kerana anak kecil ini tidak ada kaki...seluruh bahagian bawah dari pinggangnya tiada...Ya Allah....begitu kuat azam anak ini...Wajahnya tidak ada langsung perasaan susah atau hampa...
Tersentuh di hati AyahNik betapa...Allah memberikan kesempurnaan kepada diri ini...namun jarang sekali mengsyukurinya...Begitu sukar ujian yang Allah berikan kepada anak ini, namun tidak pernah semangatnya patah untuk menuntut ilmu....
Tapi kita....yang sempurna fizikal dan akal di berikan oleh Allah, tidak mahu menggunakannya sebaik mungkin....
Ya Allah....sempurnakanlah hidup kami di dunia ini sebagaimana sempurnanya kau jadikan diri ini....

Tuesday, July 22, 2008

USIA OH USIA....

Assalamualaikum wm wbrt,

Apa khabar semua hari ni? Semuga sihat dan diberkati Allah selalu hendaknya.
Syukur kerana masih lagi diberi kekuatan oleh Allah di dalam dunia fana ini.
Pagi tadi, masa nak sikat rambut AyahNik yang dah makin sikit ni, termenung kejap AyahNik tengok beberapa urat uban putih yang mula naik kat atas kepala AyahNik ni...
Rupa-rupanya dah banyak...selama ini ia bersembunyi disebalik rambut yang masih hitam...
Kira punya kira...umur AyahNik dah nak masuk 44 tahun rupanya.... InsyaAllah, 1 Sept depan, genaplah 44 tahun usia AyahNik...
Tertanya dalam hati AyahNik, dah 44 tahun hidup ni...cukup ke bekalan nak bawa nanti...
Tanggungjawab sebagai hamba dah selesai ke belum?
Solat fardhu dah lengkap ke tidak?
Amalan sunat yang nak tampal mana-mana yang koyak tu, berterusan ke tidak?
Tanggungjawab kat keluarga termasuk isteri dan anak-anak dah habis ke belum...?
Tanggungjawab kat masyarakat, ada buat ke tidak..?
MasyaAllah...kerdilnya diri ini......banyaknya dosa ini....
Sikitnya bekalan yang nak dibawa....
Ya Allah...
Berilah kekuatan kepada insan yang selalu lupa dan buta ini...
Bawalah aku pergi dari lorong yang gelita ini ...
Sebelum ianya menjadi lebih parah...
Sebelum ia sampai kepenghujung usia...
Tuhan...dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmatmu melangit luas..
Tuhan...bimbinglah aku...terimalah taubat ku...
Tuhan...Selangkah ku rapat pada mu...
Seribu langkah Kau rapat pada ku...
Maha Suci mu Ya Allah....

Monday, July 21, 2008

Kempen Halal di Radio IKIM

Assalamualaikum wm wbrt
Petang tadi, AyahNik berkesempatan mendengar celoteh Tokki
di radio IKIM lebih kurang pukul 530pm...
Celoteh Tokki kali ini memang bersemangat dan diharapkan agar memberikan kesedaran kepada semua pengguna Islam. Celotehnya berkenaan dengan barangan makanan dan keperluan seharian untuk kita sebagai orang Islam...
Sekarang ni dah banyak pilihan yang boleh kita pilih dari segi bahan makanan ataupun keperluan harian...
kenapa kita pilih sos cili yang datang dari kilang yang kita tak tahu halal-haramnya sedangkan dalam pasaran dah ada sos cili buatan muslim..?
Kenapa kita pakai ubat gigi yang masih kabur tentang halal-haramnya sedang kan dah ada ubat gigi khas untuk orang Islam...?
Mungkin agak mahal sedikit tetapi adakah kita sanggup berjimat 5 sen atau 10 sen sedangkan yang masuk dalam perut kita tu masih lagi syubhah?...
Janganlah kerana nak jimat 5 sen atau 10 sen, jasad kita nanti akan jadi bahan bakar api neraka...
Cubalah sebaik mungkin untuk mencari yang halal untuk keperluan kita sekeluarga...
Janganlah kita hanya tutup sebelah mata menggunakan keperluan kita tanpa usul periksa tentang halal haramnya..
Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah WAJIB bagi setiap muslim..

Kalau kita gunakan yang dah yakin halalnya, hidup kita pun tenang...tak ada lagi rasa ragu-ragu kan?

Marilah bersama-sama kita berkempen untuk membersihkan rumah kita dari barangan atau makanan yang masih lagi ragu-ragu tentang halal-haramnya...

Syabas Tokki kerana membawa isu ini...InsyaAllah AyahNik akan bersama-sama dengan Tokki untuk terus menyokong pengeluar-pengeluar barangan Muslim yang dah tidak ragu-ragu lagi tentang halal-haramnya...
Teruskan usaha Tokki untuk sama-sama menyedarkan pengguna-pengguna Islam di negara kita ini..
InsyaAllah, AyahNik akan jadi pendengar setia celoteh Tokki di Radio IKIM...

Syukur !!!

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah.....

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Cerita pasal Ateh pulak...


Assalamualaikum wm wbrt

Semalam bila hantar anak-anak kat asrama, ketiga-tiganya nampak sayu aje...
cuti 3 hari rasa sekejap aja...tak apalah... InsyaAllah, walau masing-masing duduk jauh, doa dan ingatan abah dan ummi masih bersama anak-anak semua...
Mula-mula hantar Angah, lepas tu hantar Alang dan akhir sekali hantar Ateh pulak...
Nak cerita pasal Ateh pulak ni...Alhamdulillah sekarang ni belajar dalam Tingkatan 1 di Sek Men Imtiaz Dungun..
Ateh ni agak senstitif sikit...Pendiam tu, memanglah pendiam...macam Alang jugak.
Pernah cikgu sekolah rendah cakap, nak suruh dia bercakap dalam kelas bukan main susah lagi...macam ada emas dalam mulutnya!!!...
Alhamdulillah, sekarang ni Ateh dah hafal Quran Juz Amma, Juz 1 dan Juz ke 2.
Walaupun sepatutnya dan 4 juzuk, tapi Alhamdulillah dah dapat 3 Juzuk...
InsyaAllah, kuat kan semangat dan usaha....Allah akan bantu Ateh...
Abah dan Ummi sentiasa mendoakan agar Ateh dan anak-anak yang lain berjaya di dunia dan di akhirat...Amin..

Sunday, July 20, 2008

Anak-Anak dah balik asrama

Assalamualaikum wm wbrt

Hari ni, AyahNik sekeluarga hantar Angah, Alang
dan Ateh ke asrama masing-masing setelah
3 hari bercuti kat rumah. Hai...rindu pulak
rasanya...Now, tinggal 4 orang pulak lah kat
rumah....Tak apa lah...
InsyaAllah cuti sekolah pertengahan bulan Ogos
ni, baliklah dia orang pulak...kami cadang nak gi tengok Along pulak kat Penang...
Cuti-cuti Malaysia....
Oh ya...bersama ni disertakan gambar terbaru kami sekeluarga (tanpa Along)....

Saturday, July 19, 2008

Khazanah Herba - Hempedu Bumi


Assalamualaikum wm wbrt

Semalam, hari Jumaat..tak sempat nak berceloteh kat blog ni...
Sibuk sikit dengan kerja-kerja kat rumah ni...
Bersihkan belakang rumah tu...
yang dah naik entah macam-macam pokok...
Elok juga...keluarkan peluh sikit...
Masa tebas-menebas tu, terjumpa satu pokok yang rasanya pernah tengok...
Tilik punya tilik..rupanya pokok hempedu bumi..
AyahNik pun ambillah sehelai daunnya dan dikunyah...
MasyaAllah...pahitnya....
Sebenarnya, daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. Caranya ialah rebus daunnya, ambil airnya dan diminum segelas sehari.
Daun ini juga boleh merawat luka, gatal dan gigitan serangga dengan cara menumbuk lumat daun dan letakkannya pada luka tersebut.

Thursday, July 17, 2008

Anak-Anak balik dari asrama


Alhamdulillah, petang ni 3 dari 4 anak AyahNik yang duduk kat asrama,
balik bercuti hujung minggu...terubat juga rasa rindu.
Along kat Penang tak dapat balik...biasalah ....jauh kan..
Lagi pun baru 3 minggu duduk kat sana...
Walau bagaimanapun, Along ada telefon petang tadi...
Dapat juga dengar cerita terkini Along kat sana..
Malam ni..ummi masak best untuk anak-anak..
Ayam organik percik....semua makan nasi bertambah...
Alhamdulillah...

Nak cerita juga pasal anak AyahNik yang ke 3 pulak ni...
Mohamad Faruq....Kat rumah panggil Alang aje...
Hari ini, abah dan ummi baru dapat tahu satu berita gembira..
Rupa-rupanya...dia dapat Johan Olimpiad Matematik peringkat Negeri Terengganu.
dan Hadiah Saguhati Peringkat Kebangsaan
Program tu berlangsung di UMT, Terengganu...
Inilah sikap Alang....memang tak banyak cakap...
Abah dapat tahu pun sebab abah tengok dia pakai baju T-Shirt baru tertulis pasal program tu..
Bila ditanya...barulah dia bagi tahu semua ni...
Ceritanya... dapat hadiah duit, sijil, baju dan topi...
Ummi pun baru dapat tahu bila Abah yang bagi tahu..
Gitulah sifat Alang ni...bukan kali ni aja..
Sebelum ni pun, acap kali dah berlaku...
Rupa-rupanya dia ni tak banyak cerita...
Apa-apa pun, alhamdulillah atas kejayaan Alang tu...
Syukur kepada Allah....

Rintihan Hati - Ya Ilahi Rabbi

Ya Ilahi Rabbi

Ya Ilahi Rabbi.. Sempurnakanlah pekertiku

Sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
Berikan hidayah pada hati yang tertutup

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku
Hamba bertaubat

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga
Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosamu
Ya Allah ampunilah dia
Yang telah bertaubat

Cerita Kak Chik hari ni.



Hari ni, InsyaAllah AyahNik nak cerita pasal
satu-satunya puteri AyahNik...
Namanya NurFarahin....
Panggilan kat rumah...Kak Chik aja...
Assalamualaikum Kak Cik...
Apa khabar Kak Cik hari ni? Alhamdulillah, pagi tadi
nampak Kak Chik segar aja.
Cepat aja bangun bila abah kejutkan untuk mandi,
solat dan pergi sekolah...
Cuma macam biasalah...bila Ummi tanya nak makan apa...
mesti jawabnya "cereal" aja..
Pulak tu, sikit...boleh bilang dengan jari tangan...
Apasal Kak Chik makan sikit sangat ni....tiap-tiap hari tak ada
selera...Badan Kak Chik pun, abah nampak makin kurus...
Abah nak pesan, sebut pasal sarapan, semua orang terutamanya
tengah belajar ni, kenalah makan sarapan sebab bila pergi sekolah,
perut lapar, bagaimana nak belajar...
Okay ya...janji dengan abah, Kak Chik akan makan sarapan
tiap-tiap hari...Cakap aja, nak makan apa..ummi boleh sediakan...
Ke...Kak Chik tak ada selera sebab rindu kat Along dan abang-abang
lain..Biasalah tu...Along jauh kat Penang sambung belajar.
InsyaAllah cuti nanti, baliklah.
Abang-abang lain, InsyaAllah hari ni balik untuk tiga hari...
Abah pun terasa jugak, daripada 6 orang putera-puteri, 4 dah duduk
asrama, tinggal Kak Chik dengan Adik aja....
tentulah abah/ummi pun rindu...
Tapi, InsyaAllah, sabarlah, semuanya untuk kebaikan kita semua...
OK Kak Chik...jumpa lagi..

Wednesday, July 16, 2008

Mari Berdoa

MARI BERDOA

Wahai Tuhan kami,
kami berdoa dengan namaMu yang baik dan
sifatMu yang tinggi agar
Engkau memberikan kepada kami hati yang lembut.
Hati yang khusyuk
dalam mengingatiMu dan bersyukur atas nikmatMu.

Wahai Tuhan kami,
kami memohon daripadaMu hati yang tenang dengan mengingatiMu.

Kami memohon lisan yang sentiasa bergetar meluahkan kalimah
syukur padaMu.

Wahai Tuhan kami,
kami memohon kepadaMu iman yang sempurna,
keyakinan yang
benar, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat dan amalan soleh
yang maqbul disisiMu.

Wahai Tuhan kami,
kami mohon perlindunganMu dari fitnah, yang nampak ataupun yang
tersembunyi.
Ya Allah, Maha Suci Tuhan. Perkenankanlah doa kami....

Amin....Ya Rabbal Alamin...

Apa khabar Adik hari ni...



Assalamualaikum Adik...
Adik apa khabar hari ni..?
Kat sekolah makan apa.?
Adik masuk kelas tak hari ini?
Jangan marah kat cikgu tu..

Pagi tadi adik marah-marah bila abah kejutkan
untuk mandi dan pergi sekolah...
Maaf ya dik sebab abah terpaksa kejutkan
adik. Kalau abah tak kejutkan, mesti adik pergi sekolah lewat..
Hari ni dengan esok saja adik kena pergi sekolah...
Lepas tu cuti pulak 3 hari...adik boleh rehat puas-puasnya...
Esok hari Khamis...Angah, Alang dan Ateh insyaAllah akan balik dari asrama...
cuti untuk 3 hari...bolehlah adik main dengan abang-abang okay?

Bersih & Yakin

Semalam, seorang rakan memperkenalkan satu makanan
alternatif kepada makanan syubhah yang selalu kita makan....
Apa dia???....
Ayam organik...bagi menggantikan ayam suntikan hormon
pembesaran, bahan kimia dan sebagainya...
Ayam ni dipelihara dengan diberi makan herba, jagung
dan lain-lain tanpa adanya bahan kimia yang boleh
memudaratkan kita...
Rasanya...sedap dan rasa sungguh yakin....
InsyaAllah, apa yang kita makan ni akan dijamin bersih
jasmani kita, seterusnya bersih rohani kita...
barulah bahagia hidup kita...

Bukan ayam saja...lain-lain keperluan kita pun ada
seperti daging lembu,
sosej, burung puyuh, kambing dan sebagainya...
Alhamdullillah dan terima kasih kepada pengusahanya
(Dr Mohamad Zainol) yang menjalankan fardhu kifayah ni....
Untuk kongsi bersama, bersama ni disertakan
websitenya http://www.azzain.com.
Bersih Jasmani, Bersih Rohani, Bahagialah hidup ini...
Selamat mencuba....

Syukur atas nikmatNya

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah atas nikmatNya.
Masih lagi dapat menghirup udara segar kurniaanya...
Jasmani yang sihat serta rohani yang bersih...

First time posting in this blog...
Dedicated terutamanya untuk putera-puteri ku, isteriku dan rakan-rakan sekelian...
Engkaulah permata hati ku ....
Yang memberi semangat untuk ku mengharungi hidup di alam fana ini...

Izinkan aku mencoretkan beberapa nota yang mungkin akan memberi
manafaat kepada diriku sendiri dan kepada anda semua....
InsyaAllah...